Sayap Kecil Dari Utara

13 4 0
                                    



Terngiang ngiang di telinga
Halus suaranya memanggil manggil
Sesiapa sahaja yang melalui lorong itu
Dengan pakaiannya yang comot berdebu
Ada yang compang camping
Dengan diri yang tidak terurus
Kekadang berlari sambil menghulur tangan kepada sesiapa sahaja

Walau belum dia bersuara
Aku sudah mengerti dan teramat faham maksudnya
Walau aku bukan sebahasa dengannya
Atau memang dia sudah tidak mampu untuk bersuara
Terdengar suara hatimya
"Kami belum menjamah makan"  bukan sehari entah berapa hari kami sudah lupa
Bila malam kami kedinginan hulurkan secebis selimut jika ada.
Kami ada adik kecil untuk di selimut
Ayah
Jangan tanya
Kami tidak mampu untuk menjawab
Ibu juga sudah di jemput shahid
Klau tiada tidak mengapa
Tolong doakan kami panjang umur
Dan sehat untuk kami menyambung jihat ayah kami
Untuk kami memerdekakan negara kami
Untuk kami teguhkan sunnah rasul kami"

Aku tidak dapat menahan lagi tanpa sedar
Air mataku lebih laju mengalir jatuh di tanah gersang ini
Tanah yang hangit kesan terbakar dari ledakan semua jenis peluru,bom, runtuhan,dan hanyir darah kering di merata rata

Syiria
Itu cerita sayap kecil dari utara
Keletah dalam derita
Ketawa dalam sakit
Tersenyum dalam pahit
Aku hanya mampu menyambung berita
Jika ada yang simpati saudaramu akan
Dengar rintihan mu dari seluruh dunia
Tuhan akan makbulkan doamu
Cuma waktu belum sampai
Sayap kecil dari utara aku amat simpati pada mu

Hasil nukilan Pena Alam
Selasa 05/06/2018
Jam 10;02/10;24
Lokasi pondok puisi
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now