Tangan ini

15 3 0
                                    



Ketika kecil kamu wahai anakku
Tangan ini lah yang menyiapkan keperluanmu
Jari ini lah yang menjentik nyamuk di kuping telingamu
Ketika.kau terjatuh jari inilah membimbing kau berdiri
Ketika kau menangis jari inilah yang memadam air mata sedihmu
Ketika kau kecil telapak tangan ini lah tempat kau berak dan kencing
Namun ibu mencuci dengan ria dan bangga
Kerna kita zuriat kesayangannya
Di riba ini tempat kau masa kecil membuai mimpi jika kau menangis mahu tidur
Walau lenguh ibu tidak pernah merungut malah lagi ditatang seperti minyak yang penuh

Ayah
Disakunya tempat kau membilang apa kemahuanmu
Disakunya tempat kau mencipta impian mu
Di sakunya nya tempat dia menyimpan tangga angannya agar kau menjadi raja di menara gading
Di dadanya tersipan harapan agar kau menjadi anak yg soleh atau solehan
Tidak.menderhaka kepadanya

Ayah dan ibu
Siapa masih ada dia manusia amat bertuah
Andai tugas menjaga keduanya di abai alangkah ruginya anak itu
Ayah dan ibu
Jasa mu tiada terbalas walau di bayar ganti seribu alam
Ayah dan ibu andai aku tersalah atau tersilap
Ku pohon ampun halalkan makan dan minum
Dari hujung rambut sampai ke dalam hati
Dari mulut ke hujung kaki
Al fatihah kami anakmu mengiringi

Hasil nukilan Pena Alam
Khamis 21/06/2018
Jam 11;45/12 ;25 tghr
Lokasi pondok puisi
Hakcipta terpelihara.

Pondok Puisi ✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن