Isteri,isteri,isteri

75 4 0
                                    



Dah tau kan siapa isteri ini
Dah tau kan isteri ini orang bukan binatang
Isteri ini teman dan juga kawan
Teman dan kawan sehidup semati

Ya ada juga se hidup se mati
Ada juga hidup bersama, mati bersama
Isteri ,
Kita di rumah membebel
Lambat balik membebel
Siap masak kalau lambat makan pun membebel
Hai isteri lantak kau lah janji bila tidur malam kau ada

Isteri
Sehari kau tak ada aku jadi gila
Makan tak tentu
Andai kau tiada di rumah
Kekadang aku cari botol garam pun tak jumpa
Kekadang seluar dalam tergantung di kepalapun sama juga cari tak jumpa
Anak pergi sekolah sah la perut kosong
Baju aku kerja dah tentu tak bergosok
Biasa malamnya, kalau kau ada aku tidur lena
Bila  kau tiada di rumah mata pejam tak mahu lena
Bila kau balik hati dah rasa berbunga bunga
Sah la kalau makan malam nanti dia masak special
Kalau tak telur dadar dengan mee segera lah aku masak menu untuk anak

Hai isteri
Jangan lah kau pergi seminar sana sini
Aku dah tak larat lagi makan maggie kari
Pelik bin hairan juga ya
Ada setengah manusia
Isteri dia buat macam haiwan pukul tampar sepak terajang
Hai lelaki macam  macam  .
Kalau tak suka bagilah pada orang yang tahu nilai seorang insan
Isteri kan anugerah tuhan
Jaga jaga lah wahai kawan

Hasil nukilan Pena Alam
Khamis 16/02/2017
Jam 05;30/06 ;34
Hakcipta terpelihara
Lokasi  pondok puisi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now