Bintang Utara

30 4 0
                                    


Bintang utara
Sinarmu bercahaya
Memberi seribu ilham padaku
Menyuluh sebuah cerita kesedihan buat ku
Lagunya bernada lembut
Cahaya terang menyuluh kefikiran
Untuk aku pulang buat  berfikir
Aku sayang kamu
Walau sinar cahaya mu sempat aku melihat seketika
Bau harum dibawah dagumu sempat aku cium cuma senafas
Sebenarnya
Aku tidak rela
Jangan juga
Kau tuduh aku kejam
Atau apa yang kamu nampak dan lihat
Aku tidak serupa dengan rupa
Aku cuma berkata dengan mulut tidak dengan hati
Aku sedih
Aku malu
Buat padamu begitu
Aku sayang dengan sinarmu
Aku ingin memupuk mu sebelum sinar mu terpadam
Biarlah selamanya bercahaya
Di ufuk utara
Andai sudi izinkan aku memetikmu
Biar kamu bercahaya di telapak jemariku
Selagi dunia ini tidak kiamat
Aku rela membasuh dosamu andai ada jika
Kerana ..
Allah lagi maha pengampun dari ku

Hasil nukilan
Pena Alam
Khamis 14/04/2017
Jam12;46/ 01;02 pg
Hakcipta terpelihara
Lokasi pondok puisi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now