Muka Belakang

11 2 0
                                    



Dari depan segalanya sempurna
Cakap manis teratur penuh berhemah
Janji akan dikota urusan tentu akan siap terlunas segera
Segala gala tiada cacat cela

Muka belakang amat pandai bersandiwara
Muka belakang paling bijak mengatur agenda
Muka belakang raja penfitnah yang nyata
Namun kenapa ada yang menyetujuinya
Memuja seperti nabi
Walau kesalahannya menungging gunung
Omong yang pedas menyindir masih mau di telan
Katanya bagilah peluang
Padahal rasa pahitnya sudah tercekik di kerongkong

Sesalnya tidak mahu mengaku
Malunya ditelan sekali lalu
Muka belakang payah sudah untuk ditarik balik
Lima tahun lagi????
Itupun kalau masih ada nyawa yang mahu berganti
Atau negeri ini sudah tidak wujud kedamaian lagi
Atau masa mahu menunggu kita

Muka belakang
Cukup hebat dengan temberang
Segala hajat dan rancangan sudah tercapai
Kita yang tersalah memberi salam
Akhirnya nampak tanda kecundang
Mengensot ke jalan mati

Hadil nukilan Pena Alam
Rabu 07/07/2018
Jam 01:06/01;33 pg
Lokasi pondok keranji
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now