Air Mata Diruang Tamu

31 2 0
                                    



Semalam aku menunggu disini
Menunggu dan melihat kalau ada siapa yang datang
Mengintai dan mengeluh panjang
Kalau ada sesiapa yang terbabas
Datang dan melihat
Jika kesakitan ini
Pedih dan luka ini
Ada yang berubat atau membawa penawarnya
Dari sakit yang perit
Dari lelah yang sebak
Dari luka yang berdarah

Di ruang tamu
Aku mengusur dada minta simpati
Bukan untuk harta dan matawang
Cuma sepalit kasih sayang
Sebelum mata terpejam
Dulu aku atau dia ber ibu atau ayah
Atuk atau oyang yang mendamping
Walau penat ada juga tempat aku atau dia bercaping berdiri
Kini lelah semakin menjadi
Sunyi semakin menyepi
Melangkah bendul pun tidak mampu lagi
Semakin jauh
Semakin jauh
Ruang tamuku sunyi tiada siapa untuk bersenda lagi

Hasil nukilan Pena Alam
Jumaat 19/05/2017
Jam 09;15/10;22
Lokasi Lot 702 bandar jerantut
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now