Merdeka

36 6 2
                                    

Jika ada rumpun yang belum terikat
Jadikanlah ia segengam agar ia menjadi kuat dan tidak patah
Biar ia teguh menjadi kemas terpasak
Kedasar semangat yang utuh
Tumbangnya tidak akan tercabut walau
Di selir angin ribut
Terpaku kedasar biar bertahan tujuh lapis keturunan
Namun berubah tidak sekali

Andai ada nyawa terkail di hujung joran
Baling saja menjadi jauh
Biar terendam kelubuk agar tidak di upil  penjajah
Jika ada nadi itu petanda semangat masih kental
Walau buta berjalan menongkat paruh
Suluh saja dengan hati sebelum ia termakan budi
Sisir kusut yang tersimpul biar  terurai menjadi tali
Namun bukan untuk mengikat kerana kasih
Tapi kerana budi terperi sebelum tali pusat terputus
Bukan lelah tapi megah
Kerana kita masih ada masa merdeka

Hasil nukilan Pena Alam
Isnin  13/03/2017
Jam 11;03/11;20 mlm
Hakcipta terpelihara
Lokasi pondok puisi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now