Air Mata Gadis Kecil

51 7 0
                                    



Gadis kecil itu
Kenapa terselit di celah runtuhan batu
Dengan kusut masai rambut
Linangan air matanya menitis meniti dagu
Kesian dia
Mana ibunya
Mana ayahnya
Mana saudaranya
Semalam makan kah dia
Malam ini di mana tidurnya

Aku kesian padanya
Namun aku sendiri tidak mampu untuk memandikan diriku sendiri
Apatah mahu sanggup menjaganya
Kemarilah hampiri ku
Sekadar mengusap air matamu aku masih mampu
Yang lain aku hanya bermohon
Minta pertolongan Allah
Agar derita mu di ceraikan

Wahai gadis kecil
Hentikan tangisan mu
Ketawalah kamu
Kerana Allah ada di sampingmu
Kamu anak yang terpilih
Pintu syurga sudah terbuka untukmu
Bidadari pun sedang tersenyum melambaimu
Aku
Berharap juga agar dapat menjadi pengiringmu

Hasil nukilan Pena Alam
Khamis 02/02/2017
Jam 10;05/10;24
Hakcipta terpelihara
Lokasi pondok puisi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now