Daun semangat

34 5 0
                                    


Lebarnya separuh menutup bumi
Ampaian nya redup seperti awan petang
Walau tidak terlindung gunung
Namun gigih memahat hajat
Mengutip kekadang saki cita
Walau lambat terhimpun hasil
Nyiru akan ditadahkan jika tiada selimut besar
Atau tiada pancinya perahu badar boleh di unjurkan

Ukur jika bertali ,sebelah rotan juga di ambil kira
Jika ada jalan tuju saja ke lorong lurus
Nanti tertinggal kebelakang
Akan jauh berpatah balik
Siapa akan mengutip pada kekacang yang tercicir
Andai hilang di rumput tebal lagi di irik jejak berpasir
Bukan mudah untuk menyekang andai sudah masuk kemata

Di gesek luka ditiup pedih
Mata tetap bengkak berair
Bukan sedih tapi menangis sesal kemudian
Aku ajak tidak mahu
Kalau sayangkan tidur akhirnya di tipu mimpi siang
Megeluh untuk apa
Orang sudah lama tinggalkan pergi

Hasil nukilan Pena Alam
Ahad 19/02/2017
Jam  07;02 /07;22
Hakcipta terpelihara
Lokasi pondok puisi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now