Pertanyaan Yang Tak Terjawab

100 11 0
                                    



Tanyalah
Sebelumnya kenapa diam
Ketika hidup ku banyak jawapan aku simpan
Namun tiada seorang mahu bertanya
Kalau adapun usahkan dekat
Melihat pun meluat

Kecuali si kecil yang baru mahu mengenal dunia
Petahnya tiada henti
Namun akan lupa
Dan besoknya dia bertanya lagi
Haru tapi tidak jemu

Yang tua
Kalau bertanya dahulu dengan peninggalan dan harta
Pusaka mahu di bagi berapa
Untuk siapa ,siapa banyak
Namun bab hutang arwah kau saja yang settle
Tanya lah masa hidup
Di situ kita boleh berbicara antara mata
Jangan jadikan nesan ku tempat kau menyalah gol
Di herdik ketika panas talqim masih lagi belum suam

Maghrib sebelum pulang mahu di selesaikan segera
Padahal masa tujuh hari belum lagi habis sebak
Dengan si ibu berendam duka
Selepas ini dengan siapa akan dia mengadu hiba
Orang tercinta pergi buat selama
Sedangkan anak hanya mahu haknya
Si ibu nanti akan tinggal tiada apa
Kecuali sehelai sejadah jemaah pusaka
Dari suami tercinta
Dan serangkai tasbih lara
Untuk zikir yang redha

Hasil nukilan Pena Alam
Sabtu  18/02/2017
Jam 04;32/04;49
Hakcipta terpelihara
Lokasi pondok puisi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now