Merangkak Mencari Nama

10 1 0
                                    



Aku mengensot perlahan
Dari dulu lagi
Kekadang merangkak mengintai ke bawah jika ada peluang
Ingin aku bangkit
Dari asal bersujud kini mula megah menjengah kepala
Tapi ada hormat , tanda masih ada raja
Terbuku kemas tega tersimpan
Sedikit tidak lupa kekadang ada juga terkumpil keluar
Di timbul keatas untuk di lihat kalau ada cacat silap

Aku masih kuat tegas berniat ingin juga mencari nama
Tapi bukan untuk megah atau kemas kemasyhuran
Atau menggagah kan darjat
Namun ingin aku berganti raja agar urusan anak bawahan tertunai hajat mereka
Termakbul impian mereka.
Langsung bukan untuk aku
Namun ingin juga aku menumpangi mereka
Keruh keringat mereka
Dibilang ketika tidur mimpinya agar ada esok
Hati kembang suka kerana jasa

Namaku
Mereka mati terpahat di nesan ingatan
Selagi ada jasad keturunan
Yang membilang sejarah
Jasa akan di ukir di pintu syurga

Hasil nukilan Pena Alam
Jumaat 01/06/2018
Jam 10;20/10;44 mlm
Lokasi pondok keranji
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant