Duka Semalam

10 1 0
                                    



Duka semalam
Masih lagi berparut
Perit pedihnya masih terasa
13mei umpama baru semalam berlalu
Kini mau datang lagi
Nampak seperti meminta minta
Merayu rayu generasi cucuku ingin merasa riakah 13mei itu

Suka kah 13mei itu seperti main perang perang
Main tembak tembak dengan senapang buluh peleting dengan peluru biji cenerai

13mei
Jangan di acah
Jangan di agah agah kami ayah mu atau datok mu atau aku abang yang sulung sudah merasa
Dukanya
Tidur berkelambukan belukar
Bantal berlapik batas ubi
Air mata tangis tidak mahu berhenti
Untuk menguruskan jenazah saudara pun tidak mampu
Tak usahlah menggadai maruah
Kalau keberanian tidak ada

Kita bukan macam orang dulu
Kuat berpegang pada akidah
Solat dan ibadah tak pernah leka
Kita apa yang ada
Cuma berani omong kosong
Kelak jika kecundang merana menggila
Jangan di ungkit lagi biarlah 13mei datang cuma sekali
Kami abang tuamu tidak mahu bermandi darah lagi

Hasil nukilan Pena Alam
Khamis 27/11/2018
Jam 91;20/29;34mlm
Lokasi pondok malam
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin