Duri Hitam

11 1 0
                                    



Duri hitam
Amat pedih bila tertikam
Amat bijak menikam dikala malam

Duri hitam
Menjadi duri dalam daging
Menusuk sampai ke mimpi pagi
Tiada simpati untuk aku membela diri
Langsung peluang bercakap membela diri tidak di beri

Duri hitam
Kau terlalu amat kejam
Sehinggakan lidah ku juga terkunci mati
Menjadi bisu tiada dapat bersuara
Walau untuk mencelah sedikit

Duri hitam
Tiada simpati untuk di simpan sesiapa
Walau di ludah
Walau di maki
Kecuali duri hitam diberi api yang memakan diri
Baru dia sunyi menikam
Baru dia diam menyucuk
Namun kesan di kaki payah untuk di hilang
Parut masih ada terbelah dari semalam

Hasil nukilan Pena Alam
Jumaat 17/08/2018
Jam 03;00/03;29 ptg
Lokasi pondok puisi
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now