23 | Biawak Hidup

3.5K 72 80
                                    

"Fayyad janganlah lari" Luqman memanggil anak kecil itu yang berlari sambil bogel selepas mandi.

Suka betul kanak-kanak itu melihat Luqman mengejarnya. Rahimah pula sibuk menyusun karipap dalam bekas untuk dijual di kedai makan berhampiran rumah. Itulah hasil pendapatannya sementara Luqman mencari kerja baru. 

"Suka berlari anak ayah ni ya" kata Luqman yang berjaya menangkap Fayyad. 

Luqman kemudian memeluk dan mencium budak lelaki itu sambil mengesel dagunya ke pipi anaknya. Fayyad ketawa kegelian dan menjerit keriangan. Lega hati Luqman kerana Fayyad sudah mula menerimanya dan tidak lagi takut. Jika sebelum ini Fayyad tidak mahu bersama Luqman dan asyik berkepit saja dengan Rahimah. Kini Fayyad sudah tahu siapa bapanya.

"Ni abang, tolong hantar ke kedai ya" kata Rahimah sambil menyerah beberapa bekas berisi kuih-muih untuk dijual

"Semalam abang ada nampak seorang makcik tu jual kerepek dari kedai ke kedai. Apa kata kita jual kuih macam tu nak?" cadang Luqman

"Tak mahulah" balas Rahimah pendek

"Eh kenapa pula? sayang penat ya buat kuih banyak-banyak? kan abang boleh tolong lagipun lepas masak kuih, sayang duduk saja di rumah. Biar abang yang keluar menjual" pujuk Luqman lagi

"Bukan pasal penat atau banyak kuih nak goreng. Sayang cuma risaukan abang, iyalah jual dari kedai ke kedai mesti abang bawa duit pecah. Nanti kalau kena rompak atau ragut macam mana?" luah Rahimah

"Ish ke situ pula kamu. Abang lelaki, manalah mereka berani" tambah Luqman

"Abang lupa ke Pak Abdullah jiran kita tu yang bawa teksi malam-malam lepas tu kena rompak dengan sekumpulan budak. Zaman sekarang lelaki ke perempuan tetap jadi mangsa" balas Rahimah

Luqman diam dan terpaksa akur dengan keputusan Rahimah. 

"Jangan lupa singgah kedai Kak Liana minta dia bayar duit mekap hari tu ya" Pesan Rahimah sebelum Luqman keluar rumah.

Selain menjual kuih-muih, Rahimah juga turut menjadi ejen stokis untuk beberapa barangan seperti makanan tambahan dan produk kecantikan. Luqman sendiri kagum dengan usaha Rahimah yang bijak mencari rezeki dengan berniaga. Rahimah memang ada niat untuk menjadi usahawan tapi tiada modal, namun itu bukan bermaksud dia tidak boleh berniaga. 

Rahimah seorang yang yakin dan pandai memujuk. Itu memudahkan dia menjual produk kecantikannya pada kawan-kawan, jiran dan saudara-mara. Tipulah kalau Luqman tidak terkesan dengan kehebatan Rahimah. Luqman mula rasa dirinya rendah dan dia perlu bertindak segera kembali menjadi ketua keluarga. Sudah hampir sebulan Luqman menganggur dan dia sedar bahawa kini dia bergelar biawak hidup dan hanya menumpang pendapatan isteri saja untuk terus hidup. 

Ternyata pencarian kerja bukan mudah kerana kebanyakkan syarikat menolak permohonan Luqman setelah mengetahui bahawa dia bekas banduan dengan rekod jenayah pecah amanah. Akhirnya Luqman mengalah dan merendahkan pencariannya pada kerja-kerja luar pejabat. Namun bukan mudah walaupun dia memohon untuk bekerja sebagai penghantar surat atau barang. 

Tapi Luqman tidak dapat membuang rasa kecil hatinya pabila mendengar kata-kata sesetengah kawan Rahimah yang mencadangkan agar Rahimah menuntut cerai kerana masih berkahwin dengan lelaki  sepertinya. 

"Orang lelaki ni kalau sudah lama tidak kerja lama-lama jadi pemalas"

"Lelaki yang culas dalam menjalankan tanggungjawabnya tidak layak digelar suami"

"Buat apa simpan biawak hidup dalam rumah. Lebih baik hidup sendiri"

"Perempuan perlu kuat dan kita tak perlukan lelaki untuk berjaya"

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now