29 | Hadiah

2.7K 63 75
                                    

"Malam ini kau ikut Dato' Rina balik ke hotel dia" jerit Dato' Razali di telinga Luqman kerana tidak mahu suaranya tenggelam dengan suara sumbang tetamu yang menyanyi atas pentas.

Badan Luqman menjauhi Dato' Razali sekejap dengan dahi berkerut. Sekali lagi dia keliru dengan arahan Dato' Razali. Apa sebenarnya lelaki tua itu mahukan? sekejap dia mahu Luqman pakai pakaian yang bagus, kemudian temankan dia ke majlis makan malam mewah. Kini dia perlu ikut Dato' Rina pula? 

"Apa semua ni Dato'? Saya tak faham" balas Luqman meminta penjelasan

Dato' Razali menunjukkan wajah tidak senang dengan soalan itu. Mungkin juga dia malas hendak menjelaskan pada Luqman, tapi jika dia tidak berkata apa-apa kemungkinan besar Luqman akan memberontak. Mereka berdua masih di majlis makan malam mewah dan jam telah menunjukkan tepat pukul sepuluh malam.

"Dia ada projek terbaru dan aku mahu bekerjasama dengan dia. Tapi orang lain pun mahu bekerjasama dengan dia juga sebab itu projek dari kerajaan. Jadi, tujuan aku bawa kau ke sini adalah sebagai 'hadiah' untuk Dato' Rina. Supaya dia memilih aku sebagai rakan kongsi. Sekarang kau faham?" jelas Dato' Razali

"Mana boleh macam tu Dato'. Saya bukannya barang nak dihadiahkan begitu saja" bantah Luqman

"Hey! kau sudah lupa siapa yang tolong lunaskan hutang kau? Secara teknikalnya kau milik aku dan semua arahan aku perlu dipatuhi. Lagipun kau cuma temankan dia malam ini saja, esoknya kau pulanglah ke rumah" tambah Dato' Razali

Sekali lagi Dato' Razali mengingatkan bahawa nyawa keluarga Luqman berada di dalam tanganya dan bila-bila masa saja mereka akan menerima nasib buruk kalau Luqman ingkar.

"Dato' janganlah buat saya begini. Saya sudah berkahwin dan saya tidak mahu tidur dengan perempuan lain lagi. Cukuplah apa yang berlaku semalam, saya tak sanggup khianat isteri saya" rayu Luqman

"Yeke? semalam aku lihat kau bukan main seronok lagi main dengan perempuan tu sampai lupa anak bini di rumah" perli Dato' Razali

Luqman tunduk malu, dia mengaku semalam dia hilang kawalan dan terlalu mengikut nafsu, tapi itupun setelah Dato' Razali mengugutnya. 

"Sudah! ini arahan aku dan kau akan ikut Dato' Rina malam ini" tegas Dato' Razali

***

Pintu bilik di buka dan Dato' Rina masuk ke dalam. Tubuhnya penat melayan kerenah kenalan-kenalannya di majlis makan malam sebentar tadi. Sekarang sudah lewat malam dan matanya mula mengantuk. Dia menuju ke meja dan mencari sesuatu. Pemetik api yang terletak di sebalik timbunan kertas dicapai dan tangannya laju membakar segulung rokok. 

Dia kemudian bergegas keluar beranda dan menikmati asap di waktu malam. Fikirannya melayang pada lelaki bernama Luqman yang dikatakan anak sepupu Dato' Razali. Dato' Rina tersenyum sinis. 

"Kalau bosan bukalah tv tu" jeritnya dari luar

Rupanya Dato' Rina tidak berseorangan, dia pulang bersama Luqman yang dari tadi berdiam diri dan hanya mengikut wanita tua itu ke biliknya. Luqman hanya melihat Dato' Rina menghisap rokok di beranda sementara dia kebosanan duduk di tepi katil. Dia sendiri tidak tahu hendak berbuat apa. Akhirnya Luqman menghidupkan televisyen dan rancangan tengah malam sedang disiarkan. 

"Jadi, sudah berapa lama kamu kerja di bawah Dato' Razali?" soal Dato' Rina yang muncul semula

"Huh? erm..baru je" balas Luqman 

Dato' Rina masuk semula ke dalam bilik dan menuju ke meja berdekatan televisyen.

"Minum?" soal Dato' Rina sambil menuang segelas champagne 

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now