9 | Ketua Keluarga

3.1K 68 50
                                    

Luqman duduk termenung.

Rahimah sudah lena dibuai mimpi. Malam ini adalah malam pertama mereka tidur bersama. Tidak dapat digambarkan bertapa seronoknya Luqman kerana Rahimah kini miliknya. Lafaz akad nikah tadi juga lancar tanpa sebarang masalah dan Luqman sudah bersedia untuk jadi suami dan Ketua keluarga.

Sebelum bergelar suami, Luqman sudah mempersiapkan dirinya dengan bermacam ilmu rumahtangga agar lebih bahagia, namun malam pertama mereka dikejutkan dengan rahsia terbesar Rahimah. Sebelum bersama, Rahimah mengaku pada Luqman bahawa dia sudah tidak mempunyai dara lagi. 

Satu pengakuan yang cukup mengejutkan Luqman kerana dia sendiri belum pernah menyentuh mana-mana gadis. Memang benar dia pernah ditebuk oleh Ayah Borhan dan Abah Rosli namun itu bukan atas kerelaannya. Memang benar dia pernah mengucup bibir Cikgu Joshua tapi hanya sampai disitu dan tidak melibatkan seks,

Semasa permainan mereka sebentar tadi, Rahimah seperti sudah tahu perlu berbuat apa sementara Luqman masih kekok dan agak sedikit malu-malu. Mujurlah Rahimah bijak mengemudi permainan mereka, jika tidak sudah pasti Luqman tewas awal. Dia sendiri kecewa kerana ini kali pertama dia menikmati tubuh seorang gadis tapi dia tidak punya pengalaman. Kejantanannya sedikit tercalar.

Sepanjang permainan tadi juga, Luqman seperti tidak bersemangat. Sebahagian besar sebabnya adalah kerana pengakuan Rahimah. Mengetahui Rahimah pernah disentuh oleh lelaki lain membuat Luqman sedikit geli, walaupun hakikatnya dia juga pernah disentuh lelaki lain namun ianya berbeza kerana dia tidak memiliki sepalut dara seperti Rahimah. 

Luqman ada bertanya sekiranya kehilangan dara Rahimah itu atas kerelaannya atau diperkosa, namun Rahimah enggan membincangkan dengan lebih dalam. Menurut Rahimah, apa yang penting adalah mereka berdua kini bersama dan dia milik Luqman selamanya, bukannya lelaki lain. Kata orang, lelaki yang baik tidak akan bertanya tentang masa lampau wanita itu. Tetapi, kata-kata Rahimah tadi langsung tidak terkesan pada Luqman kerana dia masih tertanya-tanya soal perkara itu. Luqman juga merasa mungkin inilah takdirnya, kerana dia juga pernah diperkosa lelaki, maka wajarlah kalau dia berkahwin dengan wanita tiada dara.

Luqman melihat Rahimah yang tidur disebelahnya, lena sungguh wanita itu. Perlahan-lahan dia mengusap kepala wanita tersebut. Tiba-tiba timbul rasa menyesal menikah, namun cepat-cepat Luqman menolak perasaan itu kerana baginya perkahwinan bukannya satu permainan. Ianya komitmen. Dia perlu kuat hadapi semua ini dan apa yang telah berlaku perlu dilupakan, dia ingin mulakan hidup baru bersama isteri tercinta.

***

"Aik, sekejapnya kamu cuti? tak pergi berbulan madu ke?" soal Shazwani yang naik hairan melihat Luqman sudah bertugas pada hari keempat selepas majlis perkahwinannya.

"Rahimah sudah kembali ke menara gading kak. Mulakan semester baru" jawab Luqman.

Ada nada kecewa dari percakapannya sebentar tadi. 

"Itulah kamu, kahwin awal sangat. Sepatutnya tunggulah dahulu Rahimah tamat belajar barulah kamu kahwin" bebel Shazwani

Luqman hanya mampu tersenyum mendengar teguran itu. Namun belum sempat dia duduk, Luqman sudah dipanggil oleh Encik Joseph, yang juga merupakan bos besar di situ.

"Uish! bukan main lagi bos tu ye. Asyik panggil kau saja" perli Shazwani dengan mulut muncungnya

"Aduhai malaslah" balas Luqman

"Kau tau tak, masa kau cuti dia asyik cari kau je. Kamu berdua ni ada apa-apa ke?" tambah Shazwani yang cuba membawang.

"Ish akak ni ke situ pula. Dia tu cari saya sebab nak suruh saya buat kerja tambahan. Ke akak nak ganti tempat saya pergi jumpa dia?" balas Luqman pula

"Eh tak kuasa akak. Lainlah kalau dia nak bagi duit barulah akak mahu" jawab Shazwani

Luqman hanya menggeleng kepala lalu meninggalkan wanita itu. Seperti biasa, Luqman menerima tugas tambahan dari Encik Joseph. Entah kenapa, dia sering menjadi pilihan untuk melaksanakan tugas yang pada asalnya bukan dalam skop kerja Luqman. Namun dia sentiasa menerima tugas tersebut dengan hati terbuka kerana padanya ini satu kesempatan untuk mempelajari perkara baru. Dia mungkin tidak memiliki sijil atau diploma seperti Salina atau Zain kelak namun ilmu yang dipelajari di sini pasti akan membantu dia di masa akan datang.

***

"Kenapa kamu tiba-tiba mahu pindah keluar?" soal Luqman pada Zain yang meluahkan permintaannya untuk tinggal bersama Ayah Borhan.

Sungguh Luqman terkesan dengan sikap Zain yang seperti kacang melupakan kulit. Tidakkah dia tahu bahawa Ayah Borhan pernah memperkosanya, tidakkah dia tahu bahawa tujuan dia menghalau Ayah Borhan adalah untuk keselamatan Zain dan Salina sendiri. Tapi mengapa mereka masih berdegil untuk bertemu jantan keparat itu.

"Iyalah, abang kan sudah berkahwin dengan kak Rahimah. Tidak manislah kalau Zain menumpang di sini. Abang sepatutnya membina keluarga sendiri." jelas Zain

Luqman terkejut dengan jawapan tersebut pada masa sama kagum kerana adiknya sudah mampu berfikir secara matang walaupun baru berusia tujuh belas tahun. Tahun ini Zain bakal menduduki peperiksaan SPM. Menurut Zain, dia akan lebih selesa dan akan lebih fokus sekiranya tinggal bersama Ayah Borhan.

"Hmm..Abang bukannya apa, abang belum kenal sepenuhnya dengan isteri baru Ayah tu. Bagaimana kalau dia tidak sukakan kamu?" soal Luqman

"Kan Zain sudah pernah cerita, yang Zain sudah banyak kali bermalam di sana, Kak Salina pun sama. Ibu seorang yang baik dan pandai masak tau" puji Zain

"Ohh jadi kamu mahu pindah sana sebab nak makan yang sedap-sedaplah? apa selama ni abang masak tak sedap ke?" soal Luqman 

"Eh bukan begitulah abang, Ibu kan orang cina, masakan dia juga lain. Apa salahnya kalau merasa masakan cina halal kan? sedap pun sedap" tambah Zain lagi.

Luqman sedar bahawa Zain telah membuat keputusan dan tiada apa yang Luqman boleh lakukan untuk menghalang. Dia cuma mampu berdoa agar adiknya dilindungi Tuhan dan kehidupan mereka bahagia. 

"Baiklah, abang setuju. Tapi ada syaratnya" kata Luqman

"Apa dia abang?" soal Zain

"Kamu mesti selalu jenguk abang dan jangan senyap je macam Kak Salina kamu tu" kata Luqman

"Ohh Kak Salina tu sebenarnya.." tiba-tiba Zain terhenti

"Kenapa dengan dia?" soal Luqman yang sedkit pelik

Memang sudah lama Salina tidak menghubungi Luqman. Semuanya bermula selepas Luqman mengumumkan bahawa dia telah menemui cinta hatinya, Rahimah dan ingin berumahtangga. Salina dan Zain menyambut baik berita gembira itu namun selepas itu Salina sudah jarang berbual dengan Luqman, Luqman menganggap bahawa Salina sibuk dengan pelajaran. Tapi terlalu sibuk sampaikan tiada masa untuk berbual? Atau mungkin juga Salina sudah mempunyai teman lelaki? 

Itulah perkara yang ditakuti oleh Luqman, dia tidak mahu Salina bercinta ketika sedang belajar. Takut nanti tumpuannya terganggu, itu jugalah yang dia nasihat pada Rahimah namun gadis itu tetap berdegil untuk kahwin awal. 

"Salina sudah ada teman lelaki ya?" soal Luqman

"Eh tidaklah. Zain rasa Kak Salina tu sibuk" tipu Zain yang mengetahui perkara sebenar.


Bersambung...




MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now