Jantung Luqman berdegup pantas dan dia ketakutan. Mesej dari Rahimah ditenung lama sebelum dia menutup mata dan ambil masa untuk bertenang. Selepas kembali dari mesyuarat, Luqman menerima satu pesanan dari Rahimah yang mengandungi video lucahnya. Diikuti dengan permintaan untuk berpisah. Luqman cuba menafikan sekeras-kerasnya bahawa dalam video tersebut bukannya dia dan cuba menipu tapi Rahimah enggan menjawab panggilan.
Inilah yang Luqman takutkan kerana dia tidak mahu kehilangan keluarga. Dia perlu selesaikan masalah ini dengan segera jika tidak pasti ber'nanah'. Tapi persoalannya, bagaimana video dia dengan seorang pelacur itu boleh sampai ke tangan Rahimah sedangkan dia menempah pelacur tersebut di luar pengetahuan Dato' Razali. Bahkan tiada siapa yang tahu termasuklah Ahmad. Nampaknya ada seseorang yang memerhati setiap gerak-geri Luqman dan dia perlu lebih berhati-hati.
Sementara itu di Sarawak, Rahimah menangis sepuasnya. Selepas menerima video tersebut, dia menunggu beberapa hari sebelum menghubungi Luqman namun gagal. Dia kemudian menghantar pesanan dan meminta penjelasan. Ketika menunggu balasan dari Luqman, Rahimah membentang sejadah dan terus melakukan ibadah dan memohon petunjuk agar kecurangan suaminya ditunjukkan. Dia tidak mahu hidup dalam kepura-puraan dan enggan diperbodohkan. Hatinya seperti dihiris pisau dan dia benar-benar sedih. Dia juga kasihan pada anak mereka yang masih kecil tapi dia juga tidak dapat terima hakikat yang Luqman sudah melampau batas. Tidakkah lelaki itu kenal halal dan haram? Dimanakah akal fikiran yang diberikan oleh tuhan?
Tak lama kemudian, Nek Suli dan Tok Lakir datang, Rahimah sudah tidak tahan lagi dan terus mengadu pada kedua orang tuanya. Mereka sungguh terkejut dengan video tersebut dan beristighfar panjang. Siapa sangka, Luqman yang sentiasa mendahulukan kebajikan mereka rupanya curang dibelakang. Hati kedua orang tua itu berbelah-bahagi kerana Luqman bukanlah seorang yang teruk bahkan segala makan minum dan kebajikan mereka sentiasa diutamakan. Bila mereka sakit juga, Luqman sentiasa risau bahkan kadang-kadang sanggup pulang ke Sarawak untuk menjaga mereka beberapa hari sebelum kembali ke KL walaupun mereka tahu dia keletihan. Luqman banyak berkorban untuk mereka tapi melihat kecurangan itu mereka buntu dan tak sampai hati melihat Rahimah dilayan begitu. Mungkin ada baiknya jika mereka berpisah.
***
Luqman bersiap untuk pulang dan ingin mengejar penerbangan ke Kuching pada petang itu. Terpaksa mengambil cuti kecemasan kali pertama untuk tahun ini, perkahwinannya dengan Rahimah perlu diselesaikan. Kereta buatan jepun yang baru saja dibeli tidak sampai setahun itu dipandu cermat walaupun Luqman sebenarnya cemas. Bermacam-macam babak drama dipapar dalam mindanya. Babak air mata, pergaduhan dan perpecahan keluarga bermain secara ulangan membuat Luqman semakin tertekan. Tiba-tiba telefon berbunyi
"Hello?" jawab Luqman
"Erm hai abang, Liana ni" balas Liana
"Ye Liana, ada apa ya?" soal Luqman
"Liana mengandung" jujur Liana yang tersekat-sekat
Luqman hampir saja terbabas ketika memandu dan segera memberhentikan keretanya di tepi jalan. Jantungnya semakin berdebar dan fikirannya semakin kusut.
"Apa dia?" soal Luqman mencari kepastian
"Haid Liana lambat jadi Liana buat test pregnancy. Positif" jelas Liana
"Liana yakin?" soal Luqman lagi
"Liana yakin la abang. Takkan tipu pula" Liana kecil hati dengan soalan Luqman
"Tu abang punya ke?" soalan bodoh dari Luqman
"Liana main dengan abang je tau. Dengan bekas tunang pun belum pernah" balas Liana
Luqman berasa sangsi dan sukar untuk percaya kata-kata Liana. Mungkin juga wanita itu sedang menipu.
"Hurm. Nanti kita bincang boleh? abang sedang memandu nak balik ke Kuching ni" balas Luqman

YOU ARE READING
MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Prequel Siri Mr. Otot. Mengisahkan kenangan dan memori Luqman pada awal usianya sehingga bergelar dewasa. Luqman, seorang anak yatim piatu cuba mencorak kehidupan yang ba...