54 | Padan Muka Luqman!

2.8K 70 16
                                    

"Bukan masalah aku!" balas Luqman seraya menamatkan panggilan

Dia tak punya masa untuk fikir tentang lelaki tua terlaknat itu. Cukuplah dengan apa yang berlaku membuatnya letih. Penat emosi dan otak. Luqman memukul-mukul sterling kereta dengan kuat untuk melepas geram. Hidupnya kucar-kacir dan dia sekarang buntu hendak berbuat apa. Dia tak mahu pulang ke rumah sebab Rahimah pasti tak suka. Hatinya kecewa kerana segala rancangan untuk membalas dendam telah gagal. Sekurang-kurangnya Dato' Razali koma dan Luqman berharap agar lelaki itu mati cepat.

Hatinya kembali berdendam dan tidak puas hati, imej Dato' Razali muncul membuatnya benci. Tapi bila difikir balik, semua ini bermula dari dia kecil lagi, hidupnya malang sebab lelaki-lelaki durjana yang sepatutnya menjadi role model pada tetapi khianat. Iya, mereka bersalah dan Luqman yakin dia adalah mangsa keadaan. Sekarang dia perlu balas dendam dan otaknya tiba-tiba terfikir tentang Ayah Borhan yang tinggal berdekatan. Luqman bergegas ke sana tanpa membuang masa.

Pintu rumah diketuk kuat bagai nak roboh dan Ayah Borhan terkejar-kejar membuka. Muncul Luqman dengan wajah bengisnya dan lantas mencekik leher Ayah Borhan, Luqman sudah dirasuk syaitan dan bertindak ikut emosi. 

"Bawa mengucap nak" pinta Ayah Borhan

Luqman tidak menghiraukan ayat itu dan menumbuk wajah Ayah Borhan. Tanpa sedar air matanya mengalir dan dia menangis tapi pada masa sama dia benar-benar tertekan. Tumbukannya berhenti dan dia menjerit. Akhirnya Luqman terduduk dan meraung sekuatnya seperti anak kecil. Ayah Borhan terkejut melihat Luqman dalam keadaan sangat broken. Dia kemudian memeluk Luqman dengan erat dan mengusap belakang Luqman dengan Lembut. Luqman menyembab wajahnya di dada Ayah Borhan dan menangis perlahan dia membalas pelukan lelaki itu. Dia rindu. 

Ayah Borhan kemudian membisik zikir dan beberapa potong ayat suci membuat Luqman tenang dan tangisannya mula reda. Suasana bertukar sunyi dan Luqman tidak pasti bila masa dia terlena dalam pelukan Ayah Borhan. Dia kepenatan.

"Bangun nak. Minum air ni" pujuk Ayah Borhan sambil mengusap lembut rambut Luqman yang pendek dengan potongan tentera.

"Ayah?" soal Luqman

"Iya nak. Ni Ayah. Minum dulu" pujuk Ayah Borhan lagi

Luqman akur dan meneguk air suam yang diberi tapi dia masih mamai. 

"Nak Asar ni. Kita ke masjid jom" ajak Ayah Borhan

Luqman masih berdiam diri. 

"Nak. Apa pun masalah kita jangan lupa Tuhan. Seteruk mana pun ujian yang kita hadapi jaga solat dan baca kitab suci. Kita ke masjid ya?" pujuk Ayah Borhan

Kata-kata itu meresap dalam hati Luqman dan dia sebak. Barulah dia sedar yang selama ini dia tidak pernah jaga solat. Selama ini dia cuma solat jumaat sekadar menunjuk saja. Selama ini dia lupa Tuhan. Luqman malu dengan diri sendiri dan malu dengan Tuhannya. Buat kali pertama, Luqman solat di masjid berdekatan rumah Ayah Borhan dan selepas solat dia menangis lagi dalam kereta kerana menyesal atas kejahilannya selama ini. 

"Luqman tinggal dengan Ayah je buat sementara" cadang Ayah Borhan

Luqman sudah semakin tenang dan waras, bila melakukan solat fardhu sebentar tadi Luqman lebih tenang

"Tapi bagaimana pula dengan isteri baru Ayah? dia terima ke?" soal Luqman

"Sebenarnya isteri Ayah sudah lama menghadap Ilahi setahun yang lalu. Ayah tinggal sendiri di sini lepas Zain belajar di luar negara dan Salina pula menetap di Semenanjung Malaysia" jawab Ayah Borhan, ada nada sedih dalam penjelasannya

Luqman terdiam. Dia tidak tahu tentang perkara itu kerana jarang berjumpa dengan adik-beradiknya. Kalau berjumpa dia langsung tak bertanya khabar Ayah Borhan dan enggan bercakap tentang lelaki itu. Luqman tahu Zain menyambung pelajaran di luar negara kerana dia sempat menghantar adiknya di Lapangan Terbang dan dia juga sempat menghadiri majlis konvo degree Salina. Tapi apa yang dia tidak tahu adalah isteri baru Ayah Borhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika sedang sarat mengandung anak kembar mereka. Luqman insaf dan simpati dengan nasib Ayah Borhan yang terus menyalahkan diri atas apa yang berlaku.

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now