"Banyak ni je abang bagi?" soal Rahimah dalam talian
"Ni saja yang abang mampu buat masa ni sayang. Nanti abang tambah kalau ada rezeki lebih ya" balas Luqman
Setelah sekian lama, Luqman akhirnya berhasil memberi nafkah yang dituntut oleh agama pada keluarga. Satu perasaan bangga dan lega terbit dari dalam hati. Dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang ketua keluarga. Walaupun jumlahnya tidak terlalu banyak tapi cukup untuk isteri dan anaknya. Tapi Luqman masih lagi runsing, kerana ini gaji pertamanya dan satu sen pun dia tidak pegang. Semuanya dikawal rapi oleh Dato' Razali.
Bahkan, kad ATM juga dalam simpanan lelaki itu. Duit sewa rumah dan bayaran kereta Rahimah sudah diselesaikan oleh Dato' Razali setelah dirayu oleh Luqman manakala keperluan Fayyad juga diurus oleh lelaki korporat itu. Luqman hanya perlu meminta dan Dato' Razali akan lakukan tapi dia langsung tidak merasa sedikit pun duit gajinya. Segala urusan makan dan minumnya juga dikawal. Sehari makan tiga kali, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Tiada minum petang mahupun makanan tambahan. Ala kadar dan cukup makan saja asalkan dia tidak mati.
Hidup Luqman benar-benar seperti dalam penjara. Dia malu dengan rakan-rakan sekerja yang sering mengajaknya keluar untuk menonton wayang atau bersuka-ria. Dia terpaksa menolak kerana tidak punya wang dan takut Dato' Razali berang. Segala aktivitinya perlu dilapor pada Daddynya yang tegas itu. Setiap hari jadual Luqman sama saja, dia bangun dari tidur untuk bersiap ke tempat kerja. Dia akan menaiki bas dan LRT ke pejabat atas arahan Dato' Razali dengan wang yang cukup untuk tambang pergi-balik saja atas pemberian Dato' Razali setiap hari.
Dia akan bekerja seperti biasa dan waktu makan tengah hari selalunya akan masuk ke pejabat Daddy dan menjamu selera dengan makanan yang dipijak oleh Dato' Razali. Luqman sudah lali dengan bau kaki lelaki itu sehingga dia tidak lagi rasa jijik kerana sudah jadi kebiasaan. Kadang-kala kalau Dato' Razali tidak tahan dia akan menghenjut Luqman ketika dia sedang makan. Selesai makan dia akan turun semula dan sambung kerjanya sehingga tamat waktu. Pulang ke rumah dengan otak yang letih, dia akan menghubungi Rahimah untuk ketahui perkembangan kandungan. Mendengar segala luahan si isteri tentang kehidupan hariannya dan Luqman hanya memasang telinga.
Selepas itu Luqman akan duduk sendirian di dalam bilik memandang siling atau dinding. Dia kesunyian dan tertekan tapi dia tidak tahu hendak berbuat apa. Sebelah malam pula, Dato' Razali kadang-kadang datang untuk melempias nafsunya dengan kasar. Kebanyakkan masa Luqman akan diikat dan dipijak. Itulah jadual hariannya sehingga menyebabkan Luqman semakin hilang keyakinan diri dan rasa seperti seorang hamba. Jika dulu Luqman berani membalas kata-kata Dato' Razali tapi kini tidak lagi. Hendak memandang wajah lelaki itu juga Luqman gerun. Memikirkan segala kekasaran Dato' Razali membuatnya takut.
***
"Encik-encik minta tolong sikit" tegur seorang wanita muda pada Luqman
"Apa dia cik?" soal Luqman yang pelik dengan wanita itu yang tiba-tiba saja meminta bantuannya sedangkan mereka bukannya kenal pun
"Encik nak ke bangunan itu kan? saya tumpang payung encik boleh? sebab saya pun nak ke sana" pinta wanita itu merujuk pada pejabat Luqman.
Tengah hari itu hujan lebat dan Dato' Razali tidak sempat membungkus makanan untuk Luqman kerana ada mesyuarat penting di Bangsar. Oleh itu Luqman terpaksa membeli sendiri makanan tengah hari dengan duit yang di beri secara tunai. RM 10 cukuplah untuknya makan nasi campur di bandar utama itu. Dia keluar sendirian kerana rakan sekerja lain memilih untuk makan di tempat mewah. Luqman tak cukup duit jadi dia makan sendirian. Ketika ingin pulang ke pejabat, hujan masih turun dan mujurlah dia membawa payung. Tapi belum sempat dia berjalan, seorang wanita meminta bantuannya.

YOU ARE READING
MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Prequel Siri Mr. Otot. Mengisahkan kenangan dan memori Luqman pada awal usianya sehingga bergelar dewasa. Luqman, seorang anak yatim piatu cuba mencorak kehidupan yang ba...