7 | Tanpamu

2.9K 75 19
                                    

Tangisan Zain semakin kuat kedengaran di dalam rumah. Puas Luqman memujuk tapi tiada tanda-tanda budak itu akan berhenti.

"Sudahlah tu dik" pujuk Luqman

"Kenapa Ayah pergi? Zain nak ayah. Zain rindu" kata Zain sambil menangis

Timbul rasa bersalah dalam hati Luqman pabila melihat Zain begitu sedih atas kehilangan Ayah Borhan. Tapi nasi sudah jadi bubur, keputusan untuk menghalau lelaki itu adalah terbaik untuk menjaga keselamatan dia dan adik-adiknya. 

Walaupun berkali-kali Ayah Borhan memujuk dan cuba membuktikan bahawa dia sudah berubah namun Luqman sukar untuk menerimanya. Setiap kali melihat wajah lelaki itu, Luqman merasa lubang punggungnya sakit seperti ditujah. Sungguh sakit. Ditambah pula sakit hati akibat dikhianati.

"Ayah kan ada kerja di tempat jauh. Nanti Ayah akan pulang" tipu Luqman sedangkan dia langsung tidak mengharapkan lelaki itu kembali.

"Abang tipu! Zain nak Ayah balik sekarang" jerit Zain 

"Zain! jangan kurang ajar dengan abang!" tegas Luqman yang sudah muak dengan sikap manja adiknya

Tanpa disedari Luqman menampar tubuh kecil itu. Semakin kuat tangisan Zain sambil memanggil Ayah Borhan. Luqman tiba-tiba sedar akan tindakannya kemudian lantas memeluk tubuh kecil Zain. Kali ini dia buntu.

***

Berbulan-bulan telah berlalu dan tiada lagi kelibat Ayah Borhan dalam hidup Luqman. Zain juga sudah berhenti mencari Ayah Borhan. Luqman lega, tapi yang anehnya Salina langsung tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Seolah-olah tiada apa yang terjadi, ini menimbulkan perasaan tertanya-tanya namun Luqman berdiam diri kerana tidak mahu perkara ini berpanjangan.

Pada masa sama Luqman semakin menjauh dari Rahimah. Mereka sudah tidak rapat seperti dahulu, Luqman sedar bahawa Rahimah sudah memiliki teman lelaki bernama Eman dan dia tidak mahu mengambil hak orang lain. Rahimah juga sedar yang Luqman bukan seperti dulu dan dia sendiri keliru kenapa Luqman bersikap demikian.

Disebabkan mereka sudah lama tidak bertegur sapa, Luqman tidak sedar bahawa Rahimah sudah berhenti kerja kerana ingin fokus menduduki peperiksaan STPM. Sejujurnya, Luqman terkilan dengan pemergian Rahimah tanpa ucapan selamat tinggal. Hatinya kini kosong tanpa semangat untuk terus hidup yang mana dia sendiri tidak tahu mengapa.

"Orang kata kalau suka kata suka. Jangan pendam sendirian" tegur Kak Timah yang melihat Luqman termenung jauh.

"Eh Kak ni tiba-tiba saja. terkejut saya dibuatnya" balas Luqman

"Kamu tu yang banyak mengelamun" tambah Kak Timah yang kemudian berlalu pergi

Namun kata-kata Kak Timah tu ada betulnya, sampai bila Luqman nak terseksa sendirian seperti ini? Patutkah dia meluahkan rasa kasihnya pada gadis kepunyaan lelaki lain? Wajarkah dia menganggu fikiran Rahimah dengan perkara remeh begini sedangkan gadis itu bakal berperang di dewan perperiksaan berbekalkan alat menulis? Setelah berfikir panjang, Luqman mengikut gerak hatinya untuk bertemu gadis pujaan dan meluahkan isi hati yang terpendam selama hampir setahun berkenalan. Rasanya tidak salah kalau dia mencuba.

Petang itu, Luqman berkunjung ke rumah Tok Lakir dan Nek Suli, ibu dan ayah Rahimah. Layanan mereka cukup baik dan Luqman sedikit malu pabila berbual dengan Tok Lakir. Mujurlah lelaki itu santai saja dan tidak terlalu tegas. Nek Suli pula sudah lama kenal Luqman kerana bukan kali pertama dia melihat jejaka ini, Luqman sering menghantar Rahimah pulang dalam pengetahuan Nek Suli.

Setelah berbual sambil menikmati pisang goreng dan teh o panas, Luqman akhirnya dapat berduaan dengan Rahimah. Gadis itu tetap kelihatan cantik walaupun tidak bergaya. Baju lengan panjang dipadankan dengan tudung polos berwarna hijau muda cukup manis dan sopan di mata Luqman. 

"Saya harap awak buat yang terbaik dan dapat keputusan yang cemerlang" kata Luqman dengan ikhlas

Rahimah tersenyum lalu membalas

"Terima kasih awak. Sudah lama kita tidak berbual begini kan? Kenapa awak macam mengelak dari bertemu saya sebelum ni?" soal gadis itu

"Saya..sebenarnya..saya" Luqman mati akal

Entah kenapa bila berhadapan gadis ini dia kelu. Isi hatinya tidak dapat diluahkan dan perasaan malu menebal dalam diri. Luqman memaki diri sendiri kerana hilang keberanian untuk berterus-terang. Kenapalah susah sangat dia nak jujur. Akhirnya, pertemuan dua insan itu tamat dengan ayat tergantung dari Luqman. Cukup merugikan.

Sejak dari pertemuan itu, Luqman sudah tidak lagi bertemu dengan Rahimah. Dari apa yang dia dengari, Rahimah sudah selesai mengambil peperiksaan STPM dan berpindah ke Sibu Sarawak untuk tinggal bersama ibu saudaranya. Luqman benar-benar menyesal kerana tidak meluahkan cintanya pada gadis itu. Mungkin mereka tidak akan bertemu lagi, Luqman hanya mampu berserah pada takdir. 

***

Bermula dari kerja sebagai penjaga stor di sebuah pasaraya hampir dua tahun, Luqman menukar kerja yang lebih baik di sebuah kilang. Pada mulanya dia hanya operator pengeluaran biasa namun hasil kegigihan dan kerja keras Luqman berjaya menarik perhatian pihak pengurusan sehingga mengangkat dia ke jawatan lebih tinggi iaitu sebagai pembantu pengurus bahagian pengeluaran.

Salina pula membesar dan bakal menduduki SPM manakala Zain sudahpun memasuki sekolah menengah. Kedua adiknya kini remaja dan boleh mengurus diri sendiri. Ini satu peluang baik untuk Luqman mencari kerja sambilan kerana Salina bakal melanjutkan pelajaran lebih tinggi. Jika sebelum ini Zain masih kecil dan memerlukan bantuan untuk mengurus diri oleh sebab itu Luqman tidak mampu mencari rezeki lebih.

Kini dia akan bertugas di kilang pada siang hari dan sebelah malam pula akan bekerja di sebuah restoran sebagai pekerja sambilan. Sikap Luqman yang berjimat cermat dan kerap menabung membantu dia untuk menyimpan sejumlah duit yang banyak akan tetapi dia terpaksa berkorban banyak perkara termasuklah makanan tengah harinya.  

Walaupun begitu Luqman berpuas hati kerana dia dan adik-adiknya kini boleh tinggal di rumah sewa yang lebih baik dan makan minum mereka lebih mewah jika dibandingkan dengan sebelumnya. Luqman berharap agar kehidupan sederhana namun bahagia ini berpanjangan. Dia tidak meminta untuk hidup mewah, cukup sekadar sederhana dan tidak miskin sudah memadai.

Adakah dia impian Luqman untuk kekal begitu termakbul?


Bersambung..




MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now