Penjelasan Mr. Otot : Memori Siri 3.1
Terima Kasih yang tidak terhingga buat para pembaca yang sentiasa menyokong dan menunggu Siri Mr Otot ni. Aku tahu cerita ni takde la power mana dan masih banyak kekurangan jadi minta maaf kalau tak menepati cita rasa anda. Ini adalah siri ketiga dalam kisah hidup Mr. Otot dan memiliki chapter paling banyak setakat ini, 55 chapter in total. Penat woo taip dan setiap chapter ada lebih dari 1K patah perkataan kecuali 2-3 chapter terakhir yang memiliki lebih dari 2K patah perkataan.
Mr. Otot memori adalah PREQUEL bagi semua siri Mr Otot di mana setting masa dan tempat cerita kali ni berlaku sebelum Mr. Otot Merah. Ini menjelaskan tentang bagaimana kehidupan awal Luqman sehingga dia berkahwin dengan Rahimah dan bagaimana dia boleh berada di tempatnya sekarang. Plan aku adalah, lepas anda baca memori ni anda boleh baca mr otot merah dan biru pula sebab itu sambungannya.
Sedikit penjelasan lain, watak Haryati yang Luqman jumpa tidak memegang peranan besar tapi lebih pada menunjukkan sikap Luqman pada awal pertemuan dengan Dato' Razali dan bagaimana dia menerima arahan dari lelaki itu.
Pangkat Datin Misha juga sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Suaminya Tan Sri Dzul tapi isteri dipanggil Datin, Dato' Rina yang perkenalkan dengan pangkat Datin. Maybe Misha lebih suka dipanggil Datin.
Okey, selesai penjelasan, sekarang aku perlu sedikit feedback
1. Apa pandangan anda tentang setiap chapter, terlalu panjang? pendek atau 2K patah perkataan itu cukup bagus
2. Bagaimana dengan pengunaan ayat dan olahan kali ni? lebih baik atau kurang memuaskan?
3. Ada plot hole yang anda ingin tahu yang aku tertinggal untuk jelaskan? Sila nyatakan
4. Ada cadangan untuk penambahbaikkan cerita?
5. Sila beri rating untuk Siri kali ini
Dalam Mr. Otot : Biru Siri 2, aku ada senaraikan beberapa plot hole. Ada yang sudah terjawab dalam siri kali ni, contohnya di bawah
Kenapa Rahimah dan Luqman berpisah?
- Berpisah kerana Rahimah sudah tidak tahan dengan kecurangan Luqman dan ingin sambung belajar dan hidup berdikari.
Kenapa Luqman benar-benar menyintai Abu Suffian?
- Abu Suffian selalu memberi nasihat yang bernas dan sentiasa menyokong Luqman. Secara tak langsung dia jatuh cinta
Kenapa Ahmad over protected terhadap Luqman?
- Luqman telah membantu keluarkan Ahmad dari kepompong miskinnya dan buat dia terhutang budi
Kenapa Luqman suka KFC? (Ni dari Tia Amani)
- Sebab Abu Suffian belanja hahaha
Okey sebelum berpisah, satu lagi. Tajuk cerita ni Mr Otot: Memori Siri 3.1 dan ada Siri baru Mr. Otot : Hijau Siri 3.
Kenapa 3.1? aku sengaja letak siri tiga sebagai permulaan dan penamat kisah Mr. Otot. Jadi 3.1 adalah pemulaan dan 3.2 adalah penamat sekali gus wrap this story as a whole.
Tak taulah korang faham ke tak apa yang aku sampaikan. Apa pun terima kasih atas komen dan vote anda. Semoga terhibur dan jumpa lagi pada Siri Hijau 3.2
Salam Sayang...
BullReyza
#Pengumpul_Dosa
#Biawak_Komodo_Laser

YOU ARE READING
MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Prequel Siri Mr. Otot. Mengisahkan kenangan dan memori Luqman pada awal usianya sehingga bergelar dewasa. Luqman, seorang anak yatim piatu cuba mencorak kehidupan yang ba...