32 | Serabut

3.2K 61 14
                                    

Air pancuran mengalir laju membasahi tubuh seorang jejaka yang berdiri tegak. Kesejukkan air itu langsung tidak memberi kesan padanya. Mandi membuatnya tenang dan segar tapi belum cukup untuk membersihkan dirinya yang 'kotor'.

Tiba-tiba Luqman mengalirkan air mata ketika dihujani air pancur. Hati sebak memikirkan bertapa rendahnya mertabat dia ketika ini kerana telah curang dan meniduri wanita bukan isterinya. Dia tidak ubah seperti seorang pelacur yang menjual tubuh demi wang. Cuma kali ini berbeza, dia perlu bantuan untuk langsaikan hutang. Untuk beberapa minit, Luqman hanya berdiri dan membiarkan badannya basah. Tangisannya terbantut dan dia segera menyapu sabun di seluruh tubuh dan mengosok badannya. Tiada guna menangis kerana dia sendiri yang memilih jalan ini. 

Setelah selesai mandi, Luqman melihat Dato' Rina telahpun lengkap berpakaian. Baju lengan panjang bersama kain labuh kelihatan agak ketat menampakkan bentuk tubuhnya yang pejal dan mengiurkan. Luqman yang masih bertuala itu dipeluk erat oleh Dato' Rina dan bibir mereka bertemu. Rambut Luqman masih basah tapi Dato' Rina tidak kisah bahkan meramas-ramas rambut itu dengan lembut.

"Kalau ikutkan hati I nak berada di sini beberapa hari lagi dengan you. Masalahnya esok I ada mesyuarat dengan klien" Dato' Rina memulakan bicara

"Tidak mengapa Dato'. Saya faham, lagipun Dato' sibuk dengan kerja" balas Luqman yang kemudian tersenyum

Geram Dato' Rina dibuatnya lantas pipi tembam Luqman dicubit lembut sebelum dikucup. Dia kemudian membiarkan Luqman menyarung pakaiannya sebelum mereka sama-sama berjalan menuju ke lobi hotel. Tidak pasti sama ada ini akan menjadi pertemuan pertama dan terakhir atau mereka akan berjumpa lagi.

"Macam mana dengan permintaan saya Dato'? bolehkah Dato' membantu saya?" soal Luqman ketika mereka berada di lobi hotel

"Luqman, macam yang saya tekankan. Kalau awak perlukan pertolongan saya, awak perlu sediakan maklumat perniagaan Dato' Razali" balas Dato' Rina sebelum menyarung kaca mata hitamnya

"Tapi..Dato' kata akan tolong saya kan? saya sudah tidur dengan Dato' tadi" suara Luqman separuh berbisik agar tidak didengari oleh sesiapa

"Bila masa saya kata macam tu? Tidur bersama tu untuk kepuasan kita berdua saja. Tak ada kena-mengena dengan permintaan awak tadi" balas Dato' Rina selamba

Wajah Luqman mula merah dan dia sedang menahan marah. Kali ini dia rasa ditipu dan terlalu kecewa.

"Okey macam ni la. Saya akan hubungi Dato' Razali dan tengoklah macam mana. Saya buat ni bukan sebab nak tolong awak ye. Tapi sebab awak sudah puaskan saya. Akan tetapi saya tak janji apa-apa ya" tambah Dato' Rina yang menyedari perubahan wajah Luqman

"Jadi Dato' memang tidak akan tolong saya lah?" soal Luqman lagi mendapat kepastian

"Maaf, kenderaan saya sudah tiba" Dato' Rina segera angkat kaki dan meninggalkan lelaki yang sedang buntu itu sendirian.

***

"Fayyad masih nak main ke?" soal Luqman pada anak terunanya yang leka bermain dengan patung aksi.

Fayyad menjawap dengan anggukan dan sambung bermain. Luqman sudah keletihan dan ingin lelapkan mata sebentar tapi hanya dia dan Fayyad saja di rumah. Tok Lakir dan Nek Suli berada di Limbang sementara Rahimah pula kelur bertemu pelanggan. Baru sebentar tadi juga Luqman di halau oleh bosnya dari tempat kerja kerana telah ponteng kerja sebelum ini.

Sebagai pekerja baru, Luqman tidak sepatutnya mengambil cuti kecemasan tanpa alasan kukuh. Walaupun Luqman cuba jelaskan bahawa ia melibatkan hutang, namun bosnya tidak menerima alasan itu dan meminta agar Luqman tidak perlu datang kerja mulai esok dan boleh pulang sekarang. 

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now