21 | Hutang

2.5K 77 125
                                    

"Tuan, ada berita baik. Bos cakap tuan boleh kerja di sini. Bermula esok" kata Ahmad yang tersenyum paksa

"Yeke? betul ni Ahmad? Alhamdulillah syukur" balas Luqman yang kemudian memeluk tubuh lelaki itu

"Kenapa tuan makin kurus?" soal Ahmad lagi 

"Eh janganlah panggil aku Tuan. Itukan panggilan masa kita di penjara, sekarang kita sudah bebas. Aku sebenarnya diet sebab ketika dalam penjara aku gemuk ha ha" tipu Luqman

"Oh baiklah. Dua bulan lepas aku ada melawat penjara, tapi Tuan Kamarul cakap kau sudah bebas. Tak sempat jumpa" tambah Ahmad

"Aku sudah lama bebas" balas Luqman

"Oh begitu. Sekarang kau tinggal di mana?" soal Ahmad lagi

Luqman terdiam sejenak. Berfikir hendak kata apa.

"Aku tinggal dengan keluarga mertua aku. Tapi mereka baru je pindah jadi aku ingat nak cari tempat tinggal baru" tipu Luqman lagi

"Jadi sekarang kau tak ada tempat tinggallah?" soal Ahmad

Luqman menggeleng kepala. Ahmad berfikir sekejap dan meminta diri untuk berbincang dengan Bos kedai makan itu.

"Okey Luqman, Bos kata buat sementara ini, kau tinggal dengan aku dulu. Lepas tu kita carikan tempat tinggal baru untuk kau" kata Ahmad

"Terima kasih Ahmad. Kau banyak tolong aku" kata Luqman yang terharu

***

Pintu bilik dibuka dan Luqman melangkah masuk ke dalam. Bilik tersebut terletak di belakang kedai makan tadi dan ruangnya terlalu sempit. Muat untuk seorang saja. Terdapat tilam usang di atas lantai dan almari kecil untuk meletak pakaian. Dilengkapi dengan kipas angin yang berdiri.

"Kau tinggal di sini?" soal Luqman

"Iya. Maaflah tempat ni sempit tapi buat sementara bolehlah" balas Ahmad

Sayu hati Luqman melihat keadaan bilik itu yang serba daif dan tidak layak dipanggil bilik tidur. Luqman dipelawa duduk di atas tilam bersama Ahmad. 

"Cadar tilam ni ada kat luar tengah jemur. Kejap lagi keringlah" jelas Ahmad

"Tak mengapa ke aku tumpang tidur sini? Macam tak muat saja" tegur Luqman

"Eh tak ada masalah. Okey saja" kata Ahmad

"Aku bukannya apa. Takut kau tidak selesa" jelas Luqman

Ahmad hanya membalas dengan senyuman sebelum meminta diri untuk menyambung kerja sementara Luqman berehat. Luqman tertidur atas tilam itu kerana terlalu penat. Sudah lama dia tidak tidur di atas tilam lembut walaupun usang, lena sungguh. Malam itu, selepas makan Luqman dan Ahmad berehat di luar kedai. Waktu berniaga sudah tamat dan kedai dalam keadaan gelap selepas semuanya siap dikemas. Hanya mereka berdua saja yang tinggal.

"Nanti kalau aku dapat rumah sewa baru, kita pindahlah sama-sama" cadang Luqman

"Eh tak apalah. Aku tinggal sini saja. Lagipun Bos memang suruh aku tolong jagakan kedai makan ni waktu malam" jelas Ahmad

"Tapi bilik tu kurang selesa" tambah Luqman

"Mereka bagi aku kerja pun sudah cukup. Tak banyak yang aku minta, cukup sekadar diterima semula" kata Ahmad dengan nada sedih

Luqman keliru

"Sebenarnya, Bos tu abang aku. Dan ini perniagaan keluarga. Mak Ayah memang dah buang aku sejak aku masuk penjara dan aku tak ada tempat nak dituju. Nasib baik abang aku sudi terima aku kerja tapi dengan syarat aku kena tolong jaga kedai makan dia. Sebab tu aku tinggal di bilik belakang tu" jelasnya panjang lebar

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now