4 | Ayam

3.8K 77 20
                                    

"Abang..esok adik nak makan ayam boleh?" pinta Zain yang baring di riba Luqman

"Kenapa tiba-tiba nak makan ayam pula? telur yang digoreng tadi tak sedap ke?" soal Luqman sambil mengusap lembut kepala adik lelakinya itu.

"Bukan macam tu. Adik bosanlah makan telur atau ikan masin je. Adik nak juga makan ayam macam kawan-kawan di sekolah tu" keluh Zain

Luqman terdiam dan berfikir sejenak.  Memang benar mereka jarang dapat makan ayam atau ikan. Selalunya Luqman hanya mampu membeli telur , ikan masin dan mee segera saja kerana murah dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak.

Itulah makanan mewah mereka selepas berhari-hari makan nasi bergaul air garam. Mujur adik-adiknya jarang meminta-minta apatah lagi mengeluh. Tapi kali ini Zain meluahkan hasratnya untuk menikmati makanan yang pernah mereka makan saat dibawah jagaan Ayah Borhan. Luqman binggung seketika.

"Abang bukan tak mahu belikan. Tapi duit abang tak cukup nak beli ayam" jelas Luqman

"Tapikan abang dah kerja. Bolehlah abang" rayu Zain lagi.

Pada usia begini Zain memang tidak mengerti tentang tanggungjawab kerana dia masih muda. Sukar untuk membuat Zain faham akan keadaan mereka. Walaupun Luqman bekerja itu bukan bermakna dia sentiasa memiliki duit dalam poket. 

"Insya Allah lepas gaji abang belikan ya?" pujuk Luqman

"Bila abang gaji?" soal Zain bersungguh-sungguh

"Dua minggu lagi" balas Luqman

"Alaaa lambatnya. adik nak esok. Bolehlah abang, bolehlah" rayu Zain

"Adik! janganlah paksa abang. Abang kata tak ada duit kan. Sabarlah dulu" tegas Salina

Zain tergamam begitu juga Luqman. Nampak gayanya Salina seperti bengang. Zain terus bangkit dan meninggalkan mereka berdua dengan bibir muncung sambil menghentak-hentak kakinya tanda protes.

"Janganlah tegas sangat pada Zain. Kasihan dia" kata Luqman dengan lembut

"Abang janganlah berlembut dengan dia. nanti dia naik kepala" balas Salina yang tidak puas hati.

Luqman menunduk dan tersenyum kecil. 

"Dulu masa kamu kecil pun abang manjakan kamu. Bahkan lebih dari Zain" kata Luqman perlahan

Salina terdiam. Dia kemudian cuba mengingat kembali layanan Luqman ketika dia masih kecil. Benar abang angkatnya untuk sentiasa memenuhi kehendaknya. Tiba-tiba dia berasa serba-salah menegur Luqman sebentar tadi.

"Abang bukan tidak tahu apa akan jadi kalau terlalu manjakan Zain. Abang cuma mahu dia membesar dengan baik dan gembira walaupun serba kekurangan" sambung Luqman lagi yang kemudian bangkit dan menuju ke bilik Zain meninggalkan Salina yang terkedu.

Luqman tahu apa akan terjadi sekiranya dia terlalu manjakan Zain. Tapi padanya tidak salah sekali sekala Zain makan makanan yang diingini. Lagipun Luqman sendiri bukan ada ilmu untuk menjadi seorang ketua keluarga. Dia juga masih mentah tapi dia cuba yang terbaik untuk bahagiakan adiknya.

***

Esoknya, Luqman meminta bos untuk memberi sedikit duit gaji pendahuluan untuk memenuhi kehendak Zain. Menurut bosnya, itu boleh diatur dan pabila hari gaji tiba, jumlah yang diminta sebagai gaji pendahuluan itu akan ditolak.

Mujurlah bos Luqman boleh dibawa berbincang. Dapatlah dia membeli seekor ayam untuk makan malam nanti. Pasti Zain gembira bila dapat tahu permintaannya berjaya dipenuhi. Sepanjang hari Luqman asyik tersenyum dan tidak sabar untuk pulang ke rumah.

Sebelum sampai ke rumah Luqman sempat singgah ke pasar untuk membeli ayam yang dirancang, bukannya tiada ayam di pasar raya tempat kerjanya cuma ayam disitu sedikit mahal dan tiada diskaun walaupun dibeli oleh pekerja sendiri. Maka Luqman cuba berjimat dan membeli di pasar yang mana harganya jauh lebih murah.

"Abang, nak seekor ayam tapi tak mahu kaki dengan kepalanya" pinta Luqman pada penjual ayam itu

"Alamak dik, maaf tapi ayam dah habis. Yang abang tengah potong ni yang terakhir dah. Maaf ya" kata penjual itu

Luqman hampa, kalaulah dia sampai lebih awal sudah pasti dia pulang bersama satu plastik berisi ayam mentah segar yang baru dipotong.

"Awak pun beli ayam ke?" tegur satu suara yang dikenali

"Ra..Rahimah?" kata Luqman gugup

Rahimah tertawa kecil.

"Kelakarlah awak ni" tegur Rahimah lagi

Luqman tersipu malu. Penjual tadi selesai memotong ayam dan bertanya

"Plastik asing ke sekali?"

"Asingkan seekor" kata Rahimah yang tak lama kemudian menyambut dua plastik berisi ayam mentah.

"Nah untuk awak satu" kata Rahimah sambil menyerahkan satu beg plastik pada Luqman

"Eh?! tapi ni kan awak punya" kata Luqman yang terkejut dengan tindakan gadis itu secara tiba-tiba.

"Tak apalah. Saya beli tiga ekor semuanya. Tak salah pun kalau bagi seekor pada awak" sambung Rahimah

"Err..baiklah. Terima kasih sangat-sangat. Berapa ye saya kena bayar pada awak?" soal Luqman

"Eh tak apalah Luqman. Saya belanja" kata Rahimah

"Allah. Jangan begitu. Segan saya" balas Luqman pula

"Tak apa, nanti lain kali awak pula belanja saya okey?" kata Rahimah yang kemudian menghilang meninggalkan Luqman di situ.

"Cantik dan baik hati" kata Luqman sendirian.

"Abang cakap apa?" soal Salina.

Luqman sedar dari lamunan. Rupa-rupanya dia sudah sampai di rumah dan sedang menikmati ayam goreng bersama Zain dan Salina. Jauh fikiran Luqman melayang dan baru kini dia sedar.

Luqman terhutang budi pada Rahimah dan pada masa sama timbul keinginan untuk mengenali gadis itu lebih dalam.

Bersambung..

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now