Satu tamparan melekat di pipi Luqman dan membuatnya tergamam. Ini kali pertama dia ditampar oleh seorang wanita dan lebih pedih lagi orang itu merupakan isterinya sendiri, Rahimah. Hatinya sebal dan amarah mula menguasai diri.
"Kamu lebih percayakan gosip orang lain dari suami kamu sendiri?" tegas Luqman dengan nafas yang deras
"Abang jangan tipu! jangan ingat saya ni bodoh. Semua orang dah cerita tentang hubungan abang dengan Shazwani" balas Rahimah dengan air mata yang mengalir.
Hati isteri mana yang tidak hancur mendengar berita-berita sensasi tentang hubungan suami dengan perempuan lain. Tidak dinafikan Luqman kelihatan rapat dan mesra dengan Shazwani dan kadang-kala Rahimah sendiri cemburu. Tapi tak terjangkau fikirannya bahawa Luqman akan curang dibelakang.
Baru saja Rahimah mahu memulakan hidup bersama Luqman yang baru sahaja dibebaskan dari penjara setelah dua tahun dihukum. Namun suara-suara sumbang telah menghasut Rahimah untuk mempercayai kecurangan yang tidak pernah wujud.
"Kalau aku nak curang, sudah lama aku curang dengan orang lainlah! Shazwani tu bukan selera aku" balas Luqman yang berang
"Oh?! jadi betullah selama ni abang curang belakang sayang dengan perempuan lain?" jawab Rahimah yang mula memukul dada Luqman yang berisi
Fayyad mula menangis mendengar suara kedua ibubapanya bertengkar hebat. Masing-masing enggan mengalah dan membiarkan ego menguasai diri.
"Apa masalah kamu ni? Nak sangat aku curang ke?" soal Luqman lagi yang mengenggam kedua lengan isterinya agar berhenti memukul dada.
"Sayang nak abang mengaku sekarang!" teriak Rahimah
"Nak mengaku apa?! kalau abang tak buat maksudnya tak lah!" tegas Luqman
Lebih memalukan, Tok Lakir dan Nek Suli yang berada di bilik sebelah hanya berdiam diri dan tidak mampu masuk campur dalam hal ini. Urusan rumahtangga mereka perlu diselesaikan sendiri. Suara pertengakaran suami isteri itu memenuhi ruang rumah Tok Lakir dan jiran berdekatan turut memasang telinga.
Sikap kurang sabar dan panas baran Luqman dari penjara telah sebati dan sukar untuk dibuang. Akhirnya pergaduhan itu terhenti pabila Luqman hampir saja menampar muka Rahimah namun dihalang oleh Tok Lakir.
"Mengucap nak! tolong jangan pukul anak abah" tegur Tok Lakir sementara Nek Suli mengangkat Fayyad keluar dari bilik itu.
Luqman tersedar dan melihat wajah Tok Lakir dan Rahimah silih berganti. Nampaknya dia sudah keterlaluan dan hampir saja menyakiti wanita yang dia sayangi. Tanpa berfikir panjang, Luqman terus keluar dari rumah untuk mencari ketenangan dan telinganya sempat menangkap suara Rahimah meraung sedih. Hati Luqman juga turut terluka.
***
Luqman berjalan di sekitar bandar Kuching tanpa tujuan, sekali pandang dia ibarat gelendangan yang serabai. Fikirannya turut kusut dan dia sendiri tidak tahu hendak berbuat apa. Ingin saja dia pulang tapi dia segan atas apa yang baru saja berlaku.
Seharian Luqman ibarat pelarian sehingga dia mula terasa lapar dan sedar bahawa apa yang dia lakukan adalah salah kerana mengelak dari menyelesaikan masalah. Dia sepatutnya bertindak lebih matang dan sabar atas tuduhan itu. Rahimah pasti tidak tahu banyak perkara dan Luqman sebagai suami perlu lebih tenang. Salah faham ini pasti mudah untuk diselesaikan sekiranya mereka mengetepikan ego dan berbincang dengan sabar.
Pertelingkahan tadi membuat Luqman terfikir bahawa sikapnya telah banyak berubah dan dia perlu lebih berhati-hati dalam bertindak. Dua tahun dalam penjara telah mengubah sikapnya dan dia perlu sedar bahawa dia bukan lagi di penjara tetapi telah bebas dan bergaul dengan masyarakat biasa. Timbul penyesalan dalam hati hitamnya.
Tiba-tiba telinganya menangkap seruan yang selalu didengari namun diabaikan. Seruan Azan bergema kerana Luqman berdekatan Masjid. Seruan Azan itu benar-benar memberi ketenangan dan keinsafan pada hamba yang penuh khilaf sepertinya. Sudah terlalu lama dia bergelumang dengan dosa dan kejahilan. Solat dan kitab suci sudah lama ditinggalkan dan puasa juga sering dibatalkan kerana nafsu. Langsung tidak terdetik rasa bersalah sepanjang melakukan dosa besar itu.
Kini barulah dia sedar, akibat dosa-dosa yang dia lakukan, hidupnya semakin sukar. Dia nekad untuk berubah dan menjadi lebih baik. Bukan untuk dirinya saja, tapi untuk isteri dan anaknya. Akan tetapi pabila Luqman ingin melangkah ke tempat ibadah itu, dia berasa ragu-ragu tentang kesucian diri.
'Tak apalah, lebih baik aku balik rumah dulu. Mandi wajib lepas tu solat' kata hati Luqman yang membuat keputusan.
***
Sekembalinya ke rumah Tok Lakir, Luqman menarik nafas dalam-dalam. Dia perlu meminta maaf pada isterinya dan ingin perbetulkan apa yang salah. Setelah memberi salam, Tok Lakir keluar menyambut kehadiran Luqman dengan wajah sedikit gusar. Luqman pelik
"Eh..Luq..Luqman" kata Tok Lakir sedikit gugup
"Abah, Luqman minta maaf atas kesalahan Luqman tadi" kata Luqman sambil menyalam dan mencium tangan bapa mertuanya
"Tak mengapalah nak. Kita manusia kadang-kadang khilaf" balas Tok Lakir
"Luqman nak minta maaf juga pada Ibu dan Rahimah" sambung Luqman
"Err..Rahimah..erm" Tok Lakir teragak-agak untuk membalas
"Kenapa dengan isteri saya Abah?" soal Luqman cemas
"Maaf nak, tapi Rahimah baru saja bertolak ke Limbang bersama Ibu" balas Tok Lakir
"Huh? kenapa abah?" soal Luqman lagi
"Maafkan Abah tapi itulah yang terbaik. Rahimah perlu masa untuk bertenang dan untuk keselamatan Fayyad kami cadangkan dia ke sana untuk tinggal bersama adik Ibu" jelas Tok Lakir
Keputusan itu dibuat selepas melihat kejadian Rahimah hampir dipukul oleh Luqman. Mereka sedar bahawa Luqman sudah banyak berubah sejak keluar dari penjara dan dia bukan lagi seperti dahulu. Luqman yang sopan dan penyayang sudah berubah menjadi panas baran dan tegas. Tok Lakir tidak sanggup untuk melihat anak dan cucunya dicederakan.
Menurut Tok Lakir, Rahimah akan kembali setelah berasa tenang dan Luqman boleh mengambil masa itu untuk berubah dan stabilkan kewangannya. Tapi Luqman tidak bersetuju, kenapa mereka tidak berbincang hal ini dengan dia dahulu? Sebagai seorang suami, Luqman berhak terlibat dalam keputusan ini dan dia tidak mahu terpisah lagi dengan isteri dan anaknya.
"Tolong berikan saya alamat ibu saudara Rahimah, saya ingin ke sana" pinta Luqman
"Maaf nak, tapi Rahimah enggan beritahu alamat itu. Buat masa ni biarlah dia tenang dahulu nanti dia akan kembali juga. Abah juga akan ke sana tak lama lagi. Jadi kamu boleh tinggal di rumah ini buat sementara sambil cari kerja" jelas Tok Lakir
Luqman kecil hati dengan apa yang berlaku dan segera beredar dari situ tanpa mengendahkan panggilan bapa mertuanya. Sakit hati bila dikhianati isteri sendiri. Sudahlah dia tidak memiliki telefon bimbit untuk menghubungi Fayyad.
"Sudahlah, kalau Abah tak mahu tolong biar aku sendiri yang cari mereka sampai dapat" kata Luqman sendirian.
Rancangan Luqman adalah, cari kerja sementara dan kumpul duit buat tambang dan belanja untuk ke Limbang. Bila berada di sana dia sekali lagi mancari kerja sementara dan mencari Rahimah dan Fayyad.
Bersambung..
YOU ARE READING
MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Prequel Siri Mr. Otot. Mengisahkan kenangan dan memori Luqman pada awal usianya sehingga bergelar dewasa. Luqman, seorang anak yatim piatu cuba mencorak kehidupan yang ba...