20 | 'A'

2.5K 77 106
                                    

Luqman mengeluh berat. Nampaknya rancangan yang dirangka tidak berjalan seperti yang diharapkan. Mencari kerja sambil menggalas gelaran bekas banduan bukan mudah dan penuh cabaran. Luqman memaki diri sendiri kerana tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan. 

Selepas berjumpa Tok Lakir, Luqman beredar dan terus membawa diri di sekitar kota sampailah dia tertidur di Surau berdekatan. Dia langsung tidak makan dan hanya minum air paip saja dalam tandas Surau. Semuanya kerana ego, sedangkan dia boleh saja menumpang dalam rumah Tok Lakir dan mencari kerja, namun dia enggan.

Kini Luqman terpaksa menelan egonya sendiri dan hidup seperti pengemis dan itu menyukarkan dia untuk mencari kerja yang lebih baik. Resume dan pakaian yang bersih untuk temuduga tiada dan Luqman akhirnya mengambil keputusan untuk ke rumah Tok Lakir dan meminta bantuan.

Tapi hampa setelah mengetahui Tok Lakir telah mengikut Rahimah ke Limbang. Luqman juga tidak berani hendak pecah masuk ke rumah itu selepas salah seorang penduduk di kejiranan menyangka dia perompak dan mengejarnya, mujur Luqman sempat melarikan diri. 

DIa benar-benar buntu dan menyesal, hidupnya semakin lama semakin teruk dan tiada jalan keluar. Timbul pula idea untuk meminta bantuan Ayah Borhan yang sudah lama tidak bertemu, Luqman terpaksa menebalkan muka dan menahan malu demi kelangsungan hidup tapi Luqman tidak tahu di mana Ayah Borhan tinggal.

Sepanjang di penjara, hanya sekali saja Luqman bertemu Ayah Borhan, itupun setelah dipaksa oleh Zain sebelum Zain terbang ke Perlis menyambung pelajaran di sana. Tapi apa yang Luqman perasan adalah, sikap Zain terhadap Ayah Borhan sedikit berubah, Zain seperti tidak menyukai Ayah Borhan dan layanannya sedikit dingin namun Luqman malas hendak berfikir panjang tentang hal itu dan meyangka Zain sedang merajuk pada Ayah Borhan. 

Salina juga hanya sempat bertemu Luqman beberapa kali saja sepanjang dia di penjara dek kerana kesibukan di Universiti. Ketiadaan telefon bimbit menyukarkan Luqman untuk berhubung dengan adik-beradiknya untuk meminta bantuan. Jauh Luqman termenung sambil mengeluh, memikirkan tentang masa depan hidupnya dan perkahwinan dengan Rahimah. 

"Tak boleh jadi ni. Aku kena cari jalan lain" kata Luqman sendirian

Dia tidak boleh mengalah kerana Fayyad dan Rahimah bergantung padanya. 

***

"Nah ambillah abang" kata seorang lelaki yang menghulur kotak

"A..apa ni dik?' soal Luqman yang menyambut kotak berwarna merah putih itu dengan tangan mengigil

"Makanan" balas lelaki itu sambil memberi senyuman manis

Lelaki itu duduk di sebelah Luqman di belakang sebuah bangunan. Luqman membelek kotak itu dan tertera nama yang dia kenali. KFC.

"Eh adik, ni ayam KFC ke?" soal Luqman

"Bukalah baru abang tahu" balas lelaki itu

Luqman membuka kotak tersebut yang diyakini mempunyai isi, Bau ayam goreng memenuhi rongga hidung Luqman dan aromanya mengaktifkan deria rasa sehingga Luqman terliur. Sudah lama dia tidak menikmati makanan sedap begini sejak menjadi pengemis sepenuh masa. 

"Masya Allah. Mahal ni adik" kata Luqman yang mulai sebak

"Eh tak mengapa abang makanlah" tambah lelaki itu

Luqman terus menyuap kentang putar ke dalam mulutnya dan rasanya sungguh sedap. Mengalir air mata Luqman. 

"Terima kasih adik. Terima kasih sangat-sangat" kata Luqman yang mula menangis

"Eh abang, bawa bertenang. Janganlah menangis" pujuk lelaki itu

Luqman mengesat matanya dan tersenyum sebelum sambung makan. Lelaki itu menemani Luqman makan sehingga habis sebelum memberi sebotol air mineral untuk menyegarkan tekak. 

"Alhamdulillah syukur. Terima kasih ya adik sebab bagi abang makanan" kata Luqman

"Sudah seratus kali abang berterima kasih, abang tak penat ke?" balas lelaki itu

Luqman tersenyum. 

"Oh ya, adik ni bukan orang sini kan?" soal Luqman

"Dari mana abang tahu?" soal lelaki itu

"Sebab loghat kamu seperti orang semenanjung" tambah Luqman

"Ha ha, iya saya bukan orang Sarawak" balas lelaki itu lagi

"Student?" soal Luqman lagi

"Iya tapi bukan belajar di sini. Di semenanjung" jawab lelaki itu

"Oh jadi adik datang sini bercuti ke?" soal Luqman lagi

"Tidaklah, sepupu saya kerja di sini dan dia kahwin. Saya datang sebagai wakil bagi pihak keluarga sebab mereka tak dapat hadir" balas lelaki itu pula

"Oh..eh maafkan abang sebab terlalu banyak bertanya" kata Luqman

"Tak ada masalahlah abang. Oh ya borak punya borak lupa nak tanya nama abang" kata lelaki itu

"Iya tak iya kan. Nama abang Luqman Hakim. Abang memang orang Sarawak" kata Luqman sambil menghulur tangan untuk berjabat

"Saya pula Abu Suffian. Selamat berkenalan" balas lelaki bernama Abu Suffian sambil bersalaman dengan Luqman

"Sedap nama kamu. Dan abang boleh teka kamu asal dari negeri mana" puji Luqman

"Ha ha, hebat juga abang ni" puji Abu Suffian pula

Mereka berbual lebih sejam sebelum Abu Suffian meminta diri untuk beransur pulang ke rumah saudaranya. 

"Eh apa pula ni?" soal Luqman lagi

"Terimalah abang. Untuk kelangsungan hidup" balas Abu Suffian yang menyelit wang kertas pada Luqman

"Abu, banyak sangat ni. Abang tak boleh terima" balas Luqman

"Ini saja yang mampu saya beri pada abang buat masa ni. Saya pun asal dari keluarga susah dan tahu bertapa pentingnya duit. Terimalah abang" jelas Abu Suffian

"Semoga Tuhan sentiasa lindungi adik " balas Luqman sebelum memeluk erat tubuh Abu Suffian

Mereka berpisah dan Luqman merenung duit yang diterima berjumlah RM170. Hatinya benar-benar gembira dan bersyukur atas pemberian tuhan melalui insan yang baik hati bernama Abu Suffian. 

"Insya Allah, aku akan cuba sedaya upaya untuk balas jasamu Abu Suffian. Kita pasti berjumpa lagi" kata Luqman yang memasang azam dalam diri.

Berbekalkan wang yang diberi, Luqman membeli dua pasang pakaian baru dan kasut murah serta barang untuk membersihkan diri. Dia mandi di surau dan memakai pakaian bersih. Dengan ini dia tidak lagi kelihatan seperti pengemis dan lebih kemas, memudahkan dia mencari kerja. 

"Berkat duit yang aku ada, mudahlah aku cari kerja dan kumpul duit ke Limbang. Fayyad, tunggu Ayah ya sayang" kata Luqman dengan nada gembira.

Namun itu bukanlah jaminan untuk dia diterima bekerja. Luqman tidak memasang niat untuk bekerja di syarikat besar mahupun pejabat, sebaliknya dia mencuba nasib di kedai makan berdekatan kerana mereka tidak memerlukan sebarang sijil atau dokumen penting. 

Ternyata rezeki bukan mudah untuk dicari. Banyak kedai menolak permohonan kerja Luqman dan rata-rata mereka mengatakan bahawa mereka sudah memiliki pekerja yang cukup. Luqman benar-benar kecewa dan sedih. Impiannya untuk bertemu dengan Fayyad dan Rahimah tertangguh lagi. 

Keesokkan harinya Luqman tetap tidak berputus asa dan mencuba di kedai makan lain. Banyak kedai yang menolak sehinggalah dia berhenti di sebuah kedai makan dan memesan air horlick suam. Kini duit yang dalam simpananya semakin berkurang dan dia perlu mencari kerja dengan cepat jika tidak dia kembali miskin. Sedar tak sedar, air yang dipesan pun tiba dan Luqman tergamam melihat pekerja yang menghantar air tersebut

"Tuan Luqman?" kata pekerja itu

"King Ahmad?" kata Luqman


Bersambung....


MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now