22 | Bersatu (18SX)

6.2K 77 51
                                    

Beberapa bulan berlalu dan Luqman sudah boleh membiasakan diri sebagai pelayan kedai makan. Dia tidak lagi kekok untuk berhadapan dengan pelanggan dan mampu menahan amarah dengan kerenah sesetengah orang. Walaupun hanya menerima gaji RM250, Luqman tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia ada rezeki dan tidak merempat seperti sebelum ini. 

Duit yang ada di simpan untuk kegunaan ke Limbang kelak. Mujurlah makanan dan tempat tinggal percuma jadi Luqman tidak perlu pening kepala membayar komitmen bulanan. Cuma rokok sajalah yang membuat dia bazir duit. Luqman juga sudah mencari beberapa bilik atau rumah sewa murah namun harganya mahal dan Luqman belum cukup wang untuk bayar deposit. Nasib baiklah Ahmad jenis tidak kisah sekiranya mereka tinggal bersama di bilik sempit itu.

Setiap malam sebelum tidur Luqman akan teringat pada anaknya Fayyad yang comel dan berpipi bulat. Wajah anak itu saling tak tumpah dengan Rahimah. Rindu mencengkam jiwa dan Luqman menahan sebak kerana tidak dapat melihat anaknya membesar. Sering dia berfikir tentang keadaan mereka berdua. Apakah mereka baik-baik saja? bagaimana dengan makan dan minum mereka. Sungguh Luqman gagal sebagai Ayah dan ketua keluarga. Tiasa beza antara dia dan Ayah Borhan jika begini. 

Satu petang yang panas, Luqman baru selesai membasuh pinggan dan gelas di belakang dan baru saja dia menuju ke kaunter, langkahnya terhenti dan mendengar perbualan antara Ahmad dan abangnya, Marzuki.

"Kalau 100 Ringgit?" soal Ahmad

"Haish kau ni. Kan aku dah kata bukan soal jumlah tapi kau tu boleh dipercayai ke tidak?" balas Marzuki kasar.

"Tapi abang, Tak banyak pun saya minta. Cukup sekadar bayar deposit rumah. Kasihan saya lihat Luqman terpaksa tidur di bilik sempit itu dengan saya. Abang tolak dari gaji saya nanti" rayu Ahmad

Luqman terdiam. Apakah dia salah dengar? Ahmad pinjam duit dari abangnya untuk tolong dia bayar deposit rumah sewa?

"Tolak dari gaji kau? Ha ha mengarut. Sedangkan gaji sekarang ni pun kau kongsi dengan dia, sekarang kau minta tolak dari gaji kau pula? Lepas ni bila duit tak cukup kau mesti minta lagi kan? bukannya aku tak kenal kau macam mana" perli Marzuki

Jantung Luqman berdegup kencang. Perasan marah dan terkejut bercampur-baur. Benarkah selama ini gaji Ahmad dikongsi dengan dia? Tapi mengapa? Marzuki tetap menolak permintaan Ahmad dan Luqman bergegas kembali ke dapur. Nafasnya tidak teratur dan dia tertekan. Dia perlu berdepan dengan Ahmad untuk mendapat penjelasan.

***

"Luqman, kau okey ke? Senyap saja malam ni?" soal Ahmad yang memerhati Luqman yang sedang menghembus asap rokok.

Tiada respon dari lelaki itu.

"Luqman?! kau dengar tak aku tanya ni?" soal Ahmad yang pelik dengan perubahan sikap rakannya secara tiba-tiba itu

"Aku nak tanya kau. Tapi jawab dengan jujur ya!" suara Luqman kedengaran tegas

"Apa dia? Tanyalah" berkerut dahi Ahmad

"Semasa kau borak dengan abang kau untuk minta aku kerja di sini, apa yang kau cakap?" soal Luqman dengan nada serius

"Kenapa kau tiba-tiba tanya soalan ni?" soal Ahmad pula

"Kau jawab sajalah!" tegas Luqman

"Kenapa dengan kau ni Luqman? tiba-tiba saja mengamuk. Kalau kau nak tahu, aku cakap dekat abang aku yang kau ni kawan aku dari sekolah. Aku tahu aku tipu tapi tu bukannya masalah besar pun" balas Ahmad

"Oh begitu? tapi dengan syarat gaji kau kena bahagi dua kan? satu bahagian untuk kau dan satu bahagian untuk aku" bidas Luqman

Ahmad pucat dan terdiam sekejap sebelum berkata

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now