42 | Makan Malam

3.3K 70 10
                                    

"Hai! sorry lambat tadi cari parking tak jumpa" tegur seorang wanita pada Luqman yang menunggu di sebelah kedai 7-eleven.

Wanita itu nampak cantik seperti biasa, rambut hitam panjang melepasi bahu. Mengenakan Maxi berwarna biru muda sebagai pakaian disembur dengan minyak wangi berbau buah-buahan. Kasut bertumit tinggi dan tangannya memegang beg tangan perempuan. Luqman mengalihkan pandangannya kerana dada wanita itu kelihatan besar dan tersembul. 

"Takde masalah. Kita nak ke mana ni?" soal Luqman

Luqman pula mengenakan kemeja polos lengan pendek berwarna putih dipadan dengan seluar jeans biru dan kasut kulit coklat gelap yang dibeli oleh Dato' Razali. Rambut disikat rapi walaupun pendek seperti potongan tentera dan pergelangan tangan kirinya dipasang jam tangan Fossil  juga pemberian Dato' Razali.

"Jom kita masuk mall. Awak nak makan apa?" soal wanita bernama Liana itu

"Rasa macam nak makan ayam goreng" Luqman sengaja beri klu bahawa dia ingin makan KFC

"Ayam goreng? hurm kita jalan-jalan dulu kat dalam tengok kedai apa yang ada jual ayam goreng ya" cadang Liana

'Hurm..mamat ni pakai Hugo Boss ke? sedap betul baunya' kata hati Liana yang berdiri sebelah Luqman.

Luqman akur dan mereka berjalan dari tingkat satu ke tingkat dua mencari kedai makan yang sesuai. Pada masa sama mereka berbual untuk kenal lebih lanjut, soalan seperti Luqman tinggal di mana, asal dari mana dan sebagainya. Luqman menjawab dengan baik. Tiba-tiba telefon bimbit Liana berbunyi dan dia menjarakkan diri dari Luqman untuk menjawab panggilan. Mungkin perlukan sedikit privasi tapi Luqman tidak kisah pun. Tak sampai sepuluh minit, Liana kembali dengan wajah runsing dan bersalah.

"Semua okey ke?" soal Luqman yang perasan perbezaan raut wajah perempuan itu.

"Awak..erm sebenarnya ada perubahan rancangan la" kata Liana 

"Oh awak ada hal ke?" balas Luqman yang menyembunyikan kecewanya

"Sebenarnya adik perempuan saya baru je balik dari kolej dan mak saya ajak makan sama-sama satu keluarga" sambung Liana

"Takde masalah kita tangguh dululah. Lain kali kita jumpa lagi" balas Luqman

"Saya cakap kat mak saya yang saya tengah keluar makan dengan kawan. Mak saya suruh ajak awak sekali" kata Liana

Bulat mata Luqman. 

"Eh seganlah saya" Luqman keliru

"Jomlah awak. Saya dah suruh mak saya goreng ayam untuk awak tau. Kecil hati dia kalau awak tak datang" pujuk Liana

Setelah dipujuk berkali-kali Luqman kalah dan terpaksa mengikut Liana ke rumahnya untuk makan bersama dengan keluarga. Dalam hati Luqman kesal kerana tidak dapat makan ayam KFC dan lebih teruk lagi, perjumpaan mereka berdua kini bertukar pada perjumpaan Luqman dan keluarga Liana. Hatinya risau jikalau keluarga Liana berfikir bukan-bukan sedangkan mereka baru kenal dan Luqman sudah berkahwin. Di dalam kereta, Luqman hanya berdiam diri sementara Liana memandu ditemani lagu dimain dari radio.

Mereka akhirnya tiba di sebuah rumah banglo yang mewah lengkap dengan kolam mandi yang cantik. Luqman terpegun melihat seni bina rumah tersebut yang tampak moden dengan susunan kereta mewah. Kereta jenama eropah dan jepun tersusun rapi. Mereka masuk ke dalam dan disambut oleh ibu kepada Liana. Seorang wanita berumur 40an yang berpakaian sopan dan bertudung, berbeza dengan anaknya yang seksi. Wanita itu sedikit berisi tapi tidak terlalu gemuk dan kulit wajahnya cantik walaupun sudah tua. Dalam erti kata lain masih lagi menawan. 

"Ini ke kawan Liana?" soal Datin Rosnah

"Iya mak, kenalkan Luqman" kata Liana

"Apa khabar puan" kata Luqman 

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now