5 | Pulang?

3.1K 67 12
                                    

Semenjak kejadian Rahimah belanja Luqman seekor ayam. Luqman semakin berani untuk berbual dengan Rahimah. Jika sebelum ini dia segan tapi kini tidak lagi. Memang pada mulanya Luqman tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan, tapi lama-kelamaan dia bijak memilih topik untuk membuka bicara. Ada kalanya Luqman sengaja bertanya tentang cuaca atau makanan. Semuanya dibuat untuk merapatkan hubungan mereka.

"Awak tak nak sambung belajar ke?" soal Rahimah pada Luqman secara tiba-tiba ketika mereka berehat bersama

"Err..saya nak tolong keluarga, lagipun saya bukannya pelajar cemerlang" balas Luqman yang malu dengan diri sendiri.

Jika hendak dibandingkan dengan Rahimah, Luqman sebenarnya kategori pelajar bodoh. Rahimah pula pelajar yang cemerlang dengan keputusan 6 A untuk SPM. Kini Rahimah menyambung pelajaran di sekolah menengah berdekatan peringkat tingkatan enam dan membuat persiapan untuk menduduki STPM.

Namun begitu, Rahimah tidak pernah merendah-rendahkan Luqman atau menganggapnya bodoh. Ini membuatkan Luqman lebih selesa untuk berborak dengan Rahimah berbanding staff-staff yang lain terutamanya Stella yang terkenal dengan mulut laser.

"Tak mengapalah, bekerja untuk membantu keluarga pun amalan mulia. Beruntung mak ayah awak sebab dapat anak yang bertanggungjawab" puji Rahimah

Luqman terpempan seketika, memori lama kembali meningatkan dirinya yang yatim piatu dan sebelum ini diperkosa oleh Ayah Borhan dan Abah Rosli. Mak dan Ayah? mereka adalah insan yang langsung Luqman tidak kenali. Siapa mereka? bagaimana sikap mereka? adakah mereka menyayanginya? semua itu bermain di minda sang jejaka malang.

"Saya cuma buat yang terbaik je" balas Luqman yang masih merahsiakan status yatim piatunya.

***

Hari demi hari dan hubungan Luqman bersama Rahimah semakin erat. Mereka kerap berbual bersama dan Luqman selalu menjadi tempat Rahimah meluahkan rasa tertekannya untuk menduduki peperiksaan STPM. Ternyata Rahimah seorang yang cepat beremosi dan rapuh, adakalanya dia menangis pabila tidak dapat menjawab soalan dengan betul atau gagal dalam latih tubi.

Luqman faham keadaan Rahimah dan sentiasa menyokong gadis muda itu dengan kata-kata semangat dan pujukan. Sikap sabar dan tenang Luqman membuat Rahimah kagum kerana boleh bertahan dengan perangai mengada-ngadanya. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah, sesetengah pekerja di situ tidak gemar dengan keakraban mereka.

Terutamanya Stella, yang semakin dingin terhadap Luqman. Pernah satu masa Luqman dimaki dari kaunter kerana tanda harga barang yang hendak di bayar tertanggal. Luqman dimaki oleh Stella di hadapan pelanggan. Naik malu Luqman dibuatnya namun dia hanya berdiam diri kerana enggan melanjutkan perbalahan.

"Awak, terima kasih sebab sudi temankan saya pulang" kata Rahimah setelah sampai ke pintu rumahnya 

Dia dan Luqman berjalan kaki bersama ketika pulang dari tempat kerja. Luqman ingin memastikan gadis itu selamat sampai dan mengambil peluang ini untuk menjadi pendengar setia. Ini telah menjadi kebiasaan bagi mereka berdua untuk pulang bersama walaupun sudah beberapa kali ditegur oleh Kak Timah bahawa berjalan berdua-duaan tidak manis dipandang orang. 

Namun Luqman tidak bersetuju, kerana dia tetap menjaga batas pergaulan dan Luqman menjarakkan diri dari Rahimah ketika berjalan bersama. Lagipun mereka berjalan di khalayak ramai bukannya di tempat sunyi.

"Eh tiada masalah" balas Luqman tersenyum 

"Awak..saya nak minta maaf ya" kata Rahimah tiba-tiba

"Huh? kenapa pula?" soal Luqman yang keliru

"Yelah, awak selalu jadi mangsa mendengar celoteh entah apa-apa saya. Rasa bersalah pula, sudahlah awak ada masalah sendiri" balas Rahimah

"Ke situ pula awak ni. Saya okey saja. Bukannya dapat tolong banyak, sekadar mendengar luahan awak tu je yang saya mampu" kata Luqman

Rahimah berasa senang dengan kehadiran Luqman dalam hidupnya. Dengan senyuman mereka berpisah untuk hari ini. Tapi, pabila sedikit jauh dari rumah Rahimah, hujan mulai turun dan Luqman berlari anak untuk mengelak dari basah kuyup. 

Walaubagaimana pun hujan begitu lebat dan Luqman sudahpun basah, pasti esok dia bakal diserang demam kerana terlalu sejuk dan kini tubuhnya mengigil.

***

Seperti yang dijangka, keesokkan harinya Luqman diserang demam. Malam semalam sebelum tidur Luqman sudah mula tidak selesa, kepalanya sakit dan berat bagai ada batu. Akhirnya dia tewas awal pagi pabila hendak menghantar Zain ke sekolah. Muntah-muntah dan pening teruk Luqman pada pagi itu. Zain terpaksa pergi ke sekolah sendirian kerana Salina sudah kembali ke asrama.

Luqman cuba untuk ke klinik kesihatan namun dia benar-benar tidak larat dan hanya mampu tidur di rumah saja. Sedang Luqman lena di tikar, kepalanya diusap lembut. 

"Luqman bangun dulu, makan ubat lepas tu sambung tidur ya" kata satu suara

Luqman benar-benar tidak larat hendak membuka mata dan malas hendak bangun. Siapalah yang menganggunya untuk berehat.

"Bangun dulu nak. Ayah sudah masak bubur untuk kamu ni" sambung suara itu lagi

Mata Luqman terus terbeliak, dia kenal suara itu. Suara lelaki yang satu masa dahulu pernah berjanji untuk menjaga dan memberi kasih sayang padanya. Lelaki yang dia sayangi tapi pada masa sama dia benci. Lelaki yang pernah menjadi bantal peluknya dan tempat dia bermanja walaupun sekejap.

Lelaki yang bernama Borhan...


Bersambung...




MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now