6 | Ayah?

3.3K 77 16
                                    

"Jangan lupa makan ubat. Kamu tu belum sembuh sepenuhnya" tegur Kak Timah

"Rasanya saya dah okey. Cuma pening-pening sikit" balas Luqman

Memang benar dia masih sakit kepala namun tidak seteruk semalam. Setelah berehat secukupnya, Luqman kembali bertenaga dan dalam proses pemulihan. Tapi kejadian semalam betul-betul mengejutkan Luqman.

Tatkala dia menahan sakit dan ingin berehat, dia dikejutkan dengan kepulangan bapa tersayang dan terbencinya iaitu Ayah Borhan. Ikutkan hati mahu saja dia menendang jantan tak guna itu namun disebabkan dia sakit, niatnya dibatalkan.

Rupa-rupanya Ayah Borhan sudah bebas dari penjara dan kembali pada Luqman dan adik-adiknya. Persoalannya bagaimana Ayah Borhan tahu mereka tinggal disitu. Semuanya telah dirancang oleh Salina dan Zain. Tanpa pengetahun Luqman, adik-adiknya sentiasa berhubung dengan ayah angkat mereka dan berkongsi pelbagai cerita termasuklah tempat tinggal mereka sekarang.

Hancur hati Ayah Borhan melihat keadaan hidup tiga anak angkatnya yang serba kekurangan. Sesungguhnya dia gagal sebagai seorang bapa, janjinya pada Luqman telah lama dia mungkiri, kasih sayang yang dijanji ditukar dengan nafsu serakah. Ayah Borhan sedar akan kesilapannya ketika berada dipenjara, di sana dia kenal erti kehidupan, berubah menjadi hamba yang taat dan baik. Pada masa sama dia berusaha untuk menebus salah dan silap pada anak angkatnya.

Dalam keadaan sakit begitu Luqman tidak mampu melawan, apa yang dia boleh lakukan hanyalah mengikut arahan Ayah Borhan. Pabila disuap bubur Luqman akur, pabila dipinta makan ubat, Luqman akur. Sebelum Luqman kembali tidur, Ayah Borhan mengucup dahi anak teruna yang kini meningkat remaja. 

"Maafkan Ayah anakku" kata Ayah Borhan dengan lembut

Itulah kata-kata Ayah Borhan yang Luqman sempat tangkap sebelum dia terlena. Tapi pabila Luqman bangun pada esok harinya, dia tidak melihat Ayah Borhan di rumah. Ini membuatkan Luqman tertanya-tanya, adakah itu mimpi atau realiti? kalau realiti di mana Ayah Borhan sekarang?

Kini, Luqman berada di tempat kerja dengan fikiran kusut. Dia masih berdebar-debar memikirkan tentang Ayah Borhan yang sudah bebas. Apa yang akan berlaku selepas ini? Ayah Borhan akan tinggal bersama mereka? Akan muncul kembali episod rogol? Luqman diserang resah.

"Awak jom kita pulang" ajak Luqman pada Rahimah

"Hmm.." balas Rahimah acuh tak acuh

Pada mulanya Luqman tidak menangkap sikap dan perwatakan gadis itu pada hari ini. Tapi ketika mereka berjalan kaki pulang bersama, Luqman sedar akan sikap dingin dan pendiam Rahimah. Sungguh berbeza dari hari-hari sebelumnya, mungkin sebab letih bekerja.

"Macam mana belajar? okey?" kata Luqman membuka bicara ketika mereka berjalan pulang 

"Okey" balas Rahimah pendek 

"Cikgu ada bagi awak kerja sekolah ke?" tambah Luqman lagi

"Hish! awak jangan banyak tanya boleh tak" jawab Rahimah melenting.

Terkejut Luqman dengan respon tersebut. Kali pertama melihat Rahimah menyinga. Dia salah cakap ke?

"Sa..saya minta maaf. tak berniat nak buat awak kecil hati" kata Luqman. 

Rahimah berdiam diri sambil meneruskan perjalanan. Tak lama kemudian mereka sampai ke rumah Rahimah. Seperti selalu Luqman dan Rahimah akan berpisah di sini.

"Saya lihat awak seperti tertekan. Saya tidak tahu apa masalah awak tapi saya harap semuanya dipermudahkan" kata Luqman memecah kesunyian

Rahimah menunduk dan mengeluh perlahan.

"Saya tak patut marah awak sebab awak tak salah apa-apa pun" balas Rahimah

"Tak apa saya faham. STPM bukan perkara kecil, pasti awak tertekan" sambung Luqman lagi

"Hmm..STPM tu saya tak kisah. Saya cuma tertekan sebab baru lepas gaduh dengan boyfriend saya, Eman" jelas Rahimah

Kata-kata itu seperti halilintar di telinga Luqman. Dia tidak menyangka gadis ini milik orang lain.

"Okeylah saya masuk dulu ye. Bye" kata Rahimah

Tinggallah Luqman di halaman rumah Rahimah dengan hati yang patah.

***

"Luqman, mari makan nak. Ayah sudah masak ni" pelawa Ayah Borhan ketika melihat Luqman pulang dari kerja.

Luqman tidak melayan bahkan terus masuk kedalam bilik. Fikirannya kusut dan dia berasa sakit hati. Entah kenapa hatinya seperti ditusuk sesuatu. Terasa seperti hendak menangis tapi terpaksa ditahan. Semuanya tidak kena pada Luqman, dia tidak keruan dan tidak tahu hendak berbuat apa untuk menenangkan diri. Akhirnya Luqman baring dan terus tertidur akibat terlalu tekanan.

"Esok Ayah akan ambil Zain pulang dari sekolah ya" kata Ayah Borhan pada Luqman malam itu

Zain sudah tertidur sementara Luqman duduk diluar rumah untuk mengambil angin malam sebelum disapa oleh Ayah Borhan. Kata-kata Ayah Borhan tadi langsung tidak diendahkan kerana fikiranya melayang ke tempat lain.

"Ayah nampak Luqman macam ada masalah. Kenapa?" soal Ayah Borhan yang sedar akan keadaan anak angkatnya itu

"Luqman rasa Encik Borhan perlu pergi" kata Luqman perlahan sementara pandangannya dilempar ke arah langit malam yang hitam. Sehitam hatinya kini.

"Ap..apa maksud kamu ni nak?" kata Ayah Borhan yang terkejut dengan panggilan Encik itu

"Saya rasa Encik Borhan tidak patut tinggal bersama kami lagi. Kami boleh hidup sendiri" tambah Luqman

Ayah Borhan mengeluh perlahan

"Ayah tahu kamu marahkan Ayah, tapi benarkan Ayah berubah anakku. Bagi Ayah peluang untuk kembali menjadi Ayah yang bertanggungjawab seperti janji Ayah dulu" pujuk Ayah Borhan

"Janji? Maaf tapi saya sudah hilang kepercayaan pada Encik. Lebih baik Encik pergi dari sini esok pagi " tegas Luqman yang memandang tepat ke wajah lelaki dewasa itu

Ayah Borhan menelan liur. Dia tak sangka Luqman benar-benar berdendam padanya. Apa lagi yang perlu dia lakukan untuk buktikan bahawa dia sudah berubah.

"Jangan halau Ayah anakku. Ayah tiada tempat hendak dituju" rayu Ayah Borhan yang mulai buntu

"Kalau Encik enggan, saya akan buat laporan polis atas kes rogol Encik terhadap saya" ugut Luqman

Nafas Ayah Borhan terhenti.



Bersambung..



MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now