Luqman membuka pintu biliknya dan bersandar pada kerusi pejabat. Mata ditutup rapat dan dia bernafas dengan tenang. Sebentar tadi dia selesai berbincang dengan pasukannya tentang projek gagal itu. Selepas pertemuan dengan Tan Sri Dzul, projek dapat diselamatkan dan menerima masa tambahan yang diguna sebaik mungkin oleh Luqman untuk deliver.
Dia menggunakan pendekatan perbualan dan bukannya arahan pabila sedang berbincang dengan pasukannya, dia juga menyokong idea dan mengetengahkan pencapaian setiap ahli pasukannya pada hari-hari sebelum itu untuk memberi semangat agar mereka lebih produktif. Semalam, Luqman membawa satu pasukannya bertemu Tan Sri Dzul dan makan bersama, sambil menetapkan hala tuju projek tersebut dia pada masa yang sama sempat memuji pekerja Dato' Razali itu di hadapan klien membuat mereka rasa dihargai. Kolaborasi, penghargaan dan kepercayaan adalah elemen penting bagi Luqman dan itu sedikit sebanyak membantu pasukannya bekerja dengan baik.
Baru saja hendak membuka komputer riba, telefon Luqman berbunyi dan dia menerima arahan dari Dato' Razali agar datang ke biliknya dengan segera. Tanpa membuang masa Luqman bergegas ke tingkat atas dan terserempak dengan Huda. Nampaknya Dato' Razali ingin bertemu dengan mereka berdua.
"Tahniah Luqman atas kelahiran anak ke tiga kamu. Siapa nama dia?" soal Dato' Razali
"Faris Hakim'" kata Luqman
"Saya sudah hantar hadiah untuk isteri dan anak kamu di kampung. Rasanya esok atau lusa mereka akan terima" sambung Dato' Razali
"Terima kasih banyak Dato'" balas Luqman
Huda pula berdiam diri di sebelah dan hanya memerhati. Tiada ucapan untuk Luqman atas kelahiran anak ketiganya.
"Tujuan saya panggil kamu berdua disini sebab saya berpuas hati dengan pencapaian kalian. Dua projek gagal berjaya diselamatkan dan satu lagi berjaya deliver pada masanya" terang Dato' Razali
"Mestilah. Papa tu yang cepat gelabah sedangkan Huda boleh je selesaikan" Huda menyampuk
"Huda, huda. Papa tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jangan ingat Papa tak ada mata. Papa tahu kamu serahkan projek gagal pada Luqman sementara kamu ambil yang senang. Lepas tu yang senang pun kamu gagal nasib baik Luqman datang tolong. Projek yang berjaya tu pun sebab kerja keras pasukan Luqman" tegur Dato' Razali
Huda benar-benar terkejut mendengar kata-kata bapanya. Selama ini dia banyak mengadu pada bapanya tentang keburukan Luqman yang tidak mampu mengurus projek dan menyusahkan namun itu semua helah tapi siapa sangka Dato' Razali tahu perkara sebenar sedangkan dia sudah ugut Luqman jangan kata apa-apa. Kali ni dia malu sebab semuanya telah terbongkar. Lebih memalukan lagi, dia terpaksa mengakui kehebatan Luqman menyelesaikan masalah projek gagal itu.
"Beginilah. Papa sudah buat keputusan yang kamu masih mentah dan perlu belajar lebih banyak. Urusan projek nampaknya bukan bidang kamu dan Papa cadangkan kamu belajar jabatan lain yang lebih mudah dahulu. Mungkin kamu akan diturunkan jawatan" kata Dato' Razali
"Papa! apa ni? takkanlah sebab gagal dua projek je Papa nak downgrade Huda?" suara gadis itu meninggi
"Huda, dia Papa kamu, tak sepatutnya cakap dengan nada begitu" tegur Luqman
Huda terdiam dan malu sementara Dato' Razali bangga. Nampaknya Luqman memihak padanya dan ini satu pencapaian bagus. Luqman memang tak banyak bicara dan jarang senyum tapi setiap kata-katanya penting dan tegas. Ada ciri-ciri ketua yang menyerlah hasil didikan Dato' Razali. Memang sesuai Luqman menjadi mentor pada Huda kelak. Dengan ini Huda dipindahkan ke jabatan lain sementara Luqman pula dinaikkan pangkat. Dato' Razali tahu bahawa ini akan membuat Huda semakin berang tapi Huda perlu belajar dari bawah, itu sajalah cara agar gadis itu memperbaiki diri.

YOU ARE READING
MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Prequel Siri Mr. Otot. Mengisahkan kenangan dan memori Luqman pada awal usianya sehingga bergelar dewasa. Luqman, seorang anak yatim piatu cuba mencorak kehidupan yang ba...