Luqman berdiri sambil menampung bar pada bahagian atas belakangnya, kedua kaki dibuka lebar-lebar. Squat dilakukan dengan menundukkan lutut ke sisi sambil menggerakkan pinggul ke bawah sehingga pinggulnya lebih rendah daripada lutut. Luqman kemudian squat ke atas semula sambil mengekalkan posisi lutut dan dada sehingga dia berdiri dengan pinggul dan lutut yang terkunci. Dia menahan diri sambil menampung beban sesaat sebelum menarik nafas dalam-dalam dan sambung reps seterusnya. Latihan angkat berat diulang semula sambil diperhatikan oleh Amret, jurulatihnya yang dibayar oleh Dato' Razali.
"Rehat dulu dua ke tiga minit sebelum mulakan set seterusnya" arah Amret.
Luqman baru saja meletak barbell tersebut dilantai selesai melakukan Full Back Squat sebanyak 8 reps pada set ketiga. Ada dua lagi set dan beban perlu ditambah lagi sebanyak sepuluh kilogram. Peluh sudah mengalir banyak dan Luqman bernafas deras. Penat, sungguh penat tapi dia perlu habiskan latihan hari ni.
"Kalau kau tak larat cakap je, aku akan support kau" kata Amret
Luqman membalas dengan mengangkat ibu jari kanannya sambil tersenyum dalam keletihan. Latihan disambung semula selepas Luqman berehat seketika. Suasana dalam gimnasium itu kecoh dengan kehadiran ramai orang tapi Luqman hanya fokus pada latihannya dengan Amret. Amret adalah seorang lelaki keturunan India yang bertubuh sasa dengan otot besar tapi dadanya berbulu. Dia pernah memenangi pertandingan bina badan beberapa tahun dahulu dan sekarang bersara dan mula menjadi tenaga pengajar untuk pendatang baru dalam bidang ini. Dato' Razali memilih dia kerana cara Amret mengajar agak tegas dan berkesan. Dato' Razali juga pernah menjadi klien Amret untuk satu tahun sebelum berhenti akibat kesibukan kerja.
Tapi sepanjang menjadi anak didik Amret, banyak perubahan yang Dato' Razali lihat pada dirinya, badan ditumbuhi otot kekar dan tubuh semakin sihat. Prestasi di ranjang juga meningkat kerana stamina yang kukuh. Kini Dato' Razali sudah lama meninggalkan latihan beban dan berat badannya naik mendadak ditambah pula tak jaga makan. Faktor usia juga antara penyebab dia berhenti workout. Walaupun begitu, ototnya masih bersembunyi di sebalik lemak yang tepu, ini menyebabkan Dato' Razali kelihatan besar dengan sedikit bentuk otot.
Memilih Amret sebagai jurulatih untuk Luqman adalah keputusan yang tepat kerana bentuk badan Luqman kini berubah sepenuhnya. Jika sebelum ini Luqman kelihatan berisi dengan lebihan lemah sana sini, kini badannya dicorak dengan otot yang padat dengan sedikit lemak degil yang memeluk. Dada Luqman lebar dan bidang, belakangnya juga luas dan tegap sementara kakinya berurat. Namun perut Luqman masih belum ada bentuk kerana Amret fokus untuk membesarkan badan Luqman dahulu sebelum proses cutting dilakukan.
Luqman berada dalam keadaan dirty bulk mode yang mana dia makan jumlah kalori yang banyak dan lakukan latihan beban yang ekstrim sehingga pernah muntah beberapa kali. Ada kalanya Dato' Razali akan menyertai mereka dan workout bersama-sama. Tapi kebanyakan masa hanya Luqman berdua dengan Amret saja.
Sedar tak sedar sudah satu tahun berlalu dan Rahimah pun selamat melahirkan seorang puteri comel diberi nama Nur Syafina. Sepanjang satu tahun itu, Luqman juga berubah menjadi seorang lelaki yang patuh pada Dato' Razali. Sikapnya yang dingin dan tidak banyak berbual membuat dia sedikit tersisih dari rakan sepejabat. Banyak yang mereka tidak tahu tentang Luqman dan latar belakangnya kerana Luqman mengelak dari memberi jawapan dan jarang bergaul. Apa yang mereka tahu, Luqman sering makan sendiri dan fokus membuat kerja dan pulang segera untuk workout. Pada hujung minggu pula, Luqman tidak pernah menghubungi rakan sepejabatnya apatah lagi menyertai mereka untuk aktiviti bersama seperti menonton wayang atau bowling.
Adalah menjadi rutin Luqman untuk pulang setiap dua bulan dan menjenguk keluarga di Sarawak. Hubungannya dengan Rahimah masih bertahan walaupun sikap Rahimah semakin lama semakin dingin tapi mereka masih tidur sebilik dan pernah bermadu asmara. Dari segi nafkah, Luqman sudah mampu membayar keperluan keluarganya tapi cukup makan saja, ini kerana sehingga kini duit gaji Luqman bahkan kad ATM masih dalam pegangan Dato' Razali. Aliran kewangan Luqman terhad dan Luqman hanya mampu beri apa yang dia ada. Mujurlah Rahimah faham dan Fayyad dan Syafina pula masih kenal siapa bapa mereka dan memahami kerja Luqman yang jauh di seberang laut. Ini sudah memadai buat Luqman.

YOU ARE READING
MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Prequel Siri Mr. Otot. Mengisahkan kenangan dan memori Luqman pada awal usianya sehingga bergelar dewasa. Luqman, seorang anak yatim piatu cuba mencorak kehidupan yang ba...