Bab 61

12.7K 876 228
                                    

"Mika?"

"Erhhh hai?" sengih Mika agak janggal. Tengku Nurfaiza mengerutkan dahinya lalu menoleh ke arah Honey.

"Kau ke yang selamatkan aku hari tu?" soal dia, ingin tahu. Mika memandang Honey manakala Honey memandang Mika.

"Hah ya. Aku. Kau cuai sangat asal?"

Sebaik sahaja mendengar jawapan Mika, Tengku Nurfaiza menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih bak kerang busuk.

"Aku kan tak sengaja. Eish, dahlah. Jom masuk rumah. Sejuklah kat sini," ajak Tengku Nurfaiza, polos. Sekali lagi, Honey dan Mika saling berpandangan.

"Jomlah! Karang masuk angin," desak Tengku Nurfaiza lagi. Mika menarik nafas sebentar lantas masuk ke dalam rumah diikuti Honey. Masing-masing mengunci mulut.

"Wait. Mana badak sekor tu? I mean Kami," soal dia, pelik.

Mika menggaru kepalanya yang tidak gatal. Berulang kali dia menoleh ke arah Honey.

"Kat rumah."

"Apesal aku dah jarang nampak korang? Korang gi mana?" soal Tengku Nurfaiza bertubi-tubi.

"Amboi Faiza. Dah larut malam ni. Tanya esok-esok je lah. Mesti Mika penat. Kan Mika? Kan? Kan?" sampuk Honey.

"Hah ya! Ya penat..." ujar dia sambil mengusap belakang lehernya.

"Kalau macam tu, kau tidur je kat bilik atas sebelah bilik Alex. Kalau kau terdengar bunyi pelik-pelik, erhh abaikan jelah. Dorang dalam proses buat baby ketiga," bisik Tengku Nurfaiza, perlahan.

Mika hanya mampu tersenyum tawar. Dia segera memboloskan diri daripada terus berada di tempat tersebut. Dalam hatinya, dia mengutuk seseorang.

Ketika dia ingin menuju ke tingkat atas, tiba-tiba dia ditegur oleh seorang lelaki.

"Mika? Weh, kau buat apa kat sini?" soal Tengku Fazril pelik.

"Aku erhhh esok jelah aku cite," dalih Mika yang ingin cepat-cepat masuk ke dalam bilik.

"Kalau kau kat sini, habistu siapa yang nakkk.."

Belum sempat Tengku Fazril menghabiskan ayatnya, tiba-tiba Tengku Nurfaiza datang memotong bicara.

"Along tak tidur lagi?"

"Tak. Saje nak tegur Mika dulu," nafi Tengku Fazril. Tengku Nurfaiza memandang ke arah Mika dan abangnya silih berganti.

"Kalau takde apa-apa, aku nak blah dulu. Ngantuk," bicara dia, mendatar.

"Honey pun! Bye!" tambah Honey kalut. Tak lama kemudian, Honey dan Mika bersama-sama menuju ke tingkat atas. Bukan Tengku Nurfaiza tak pelik dengan tingkah laku mereka yang seolah-olah cuba melarikan diri.

"Pelik.." gumamnya namun masih mampu didengari oleh Tengku Fazril.

"Kenapa?"

"Mika tu...dia ke yang intip Faiza selama ni?" luah Tengku Nurfaiza.

Tengku Fazril sedikit terkejut. So, selama ni dia perasan yang ada orang intip dia?

"Apa maksud Faiza?" soal Tengku Fazril, berpura-pura bodoh.

"Kebelakangan ni, Faiza terasa ada orang sentiasa ikut kat mana pun Faiza berada. Tapi...Mika ke orangnya? "

"Perasaan je tu. Janganlah nak ambik kesah sangat. Dah, tidur!" arah Tengku Fazril, tegas. Sebolehnya, dia tidak ingin Tengku Nurfaiza mengetahui hal sebenar.

"Hmmm okay."

___________________________

Pagi itu, Mika turun daripada tingkat atas dengan tangan yang setia berada di dalam poket. Sebaik sahaja kelibatnya muncul di ruang makan, mata masing-masing terbeliak luas.

I'm A Fighter!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang