Bab 65

12.2K 698 51
                                    

Tap! Tap! Tap!

Dia perlahan-lahan menuju ke hadapan dengan seribu perasaan yang bermukim di hati. Dia bingung. Tempat dihuninya sekarang terasa amat asing di mata ia.

Bagaimana dia mampu ke sini walhal dia bersama suaminya sebentar tadi? Dan siapakah kesemua manusia yang sedang khusyuk menari dan melakukan hubungan seks terlarang di kelab malam ini?

"Sugar baby.." panggil seseorang.

Tengku Nurfaiza tersentak. Dia segera menoleh ke belakang mencari empunya badan yang menyeru nama manjanya. Hanya seorang manusia sahaja yang memanggil dia seperti itu dan tak lain kalau tak bukan Tazaki Genji, suaminya sendiri.

"Hubby? You ke tu?"

Tengku Nurfaiza mara ke hadapan apabila melihat figura seseorang muncul daripada sudut gelap. Sekilas dilihat seperti Tazaki Genji namun apabila kelibat itu semakin mendekatinya, Tengku Nurfaiza terkejut bukan kepalang.

"Ka..kau?!"

Kaizo menunjukkan riak wajah yang tenang. Sejurus itu, muncul Rikito bersama payung gelap dalam genggaman tangannya.

"Apa yang korang nak hah?! Macam mana aku boleh kat sini?!" Herdik Tengku Nurfaiza, bengang bercampur terkejut.

"Sebab aku yang bawa kau bodoh!!" Serentak itu, rambut Tengku Nurfaiza dicengkam ganas sambil diheret di hadapan kelab malam.

Semua penghuni di kelab tersebut tergelak sinis melihat dia diseksa dalam keadaan yang sarat mengandung.

"Lepasss!! Arghhh!! Sakitlah bodoh!!"

Kepalanya ditolak kasar oleh seorang gadis sehingga dia tersembam di atas lantai. Sakit di bahagian perutnya tak terkata apabila diperlakukan seperti anak tiri.

"Kau patut mati masa kali pertama kita berjumpa," senyum dia, jahat.

Tengku Nurfaiza menderam geram lantas mendongak ke arah gadis tersebut. Sekali lagi dia diberikan kejutan besar tanpa dipinta.

Kini, kelihatan Satsuna tersenyum sinis sambil berdiri angkuh di hadapannya. Dia tergamam lama.

T..tak..tak mungkin...mustahil!

"Macam mana...macam mana korang boleh bawa aku kat sini?! Mana suami aku?!!" Herdik Tengku Nurfaiza, sebal.

"Kau nak jumpa suami kau?" Sampuk Kaizo, jelek.

"Mana?!"

Kaizo tersenyum penuh bermakna ke arah Satsuna. Adik kepada ketuanya itu memetik jarinya kemudian terpasang sebuah lampu di sebelah kiri Tengku Nurfaiza. Saat itu, dia melihat Tazaki Genji digantung di atas atas udara bersama rantai besi yang melilit pada bahagian lehernya.

Sebaik sahaja melihat keadaan Tazaki Genji yang cukup parah dan menyayat hati, Tengku Nurfaiza menjerit tidak keruan. Dia menangis semahu-mahunya seraya ingin bangkit daripada lantai.

"Biyyy!!!"

Kesemua penghuni di dalam kelab itu tergelak jahat melihat dia yang menangis. Sedikit pun tiada rasa kasihan terbit di hati masing-masing.

"Kau menyesal?"

Tiba-tiba kedengaran suara yang tak asing lagi di telinga Tengku Nurfaiza. Dia segera menoleh ke belakang lalu melihat Narumi sedang melangkah ke arahnya dengan tangan kiri masuk ke dalam poket.

"Kau?! Kau memang pembunuh!!"

Dengan segala kekuatan yang ada, Tengku Nurfaiza menuju ke arah Narumi lantas kolar lelaki itu dicengkam kasar. Tajam dia melihat anak mata Narumi.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now