Bab 13

10.2K 689 41
                                    

"Hei, hambaku. Bawakan beta segelas jus limau sejuk tak nak limau ye. Beta penat seharian bekerja melayan rakyat jelata, " arah Takiya Genji sambil kedua-dua kakinya diletakkan di atas meja.

Tengku Nurfaiza yang baru sahaja keluar daripada bilik mandi segera menjeling ke arah musuh ketatnya.

Suka hati mulut dia je nak panggil orang hamba. Dasar mulut takde lesen!

"Kau ingat aku ni orang gaji kau ke? Dahlah rumah macam pondok! Tandas takde flush! Pintu nak roboh! Kau tinggal kat mana ni? Elok tinggal kat gua aje, " rungut Tengku Nurfaiza sambil menggoncang-goncangkan pintu tandas tersebut.

Tanpa sebarang amaran, tiba-tiba sahaja pintu tandas itu tertanggal daripada engselnya sehingga menyebabkan ia terjatuh kuat di atas lantai.

Bammm!!

Inilah yang dikatakan malang tak berbau. Eish eish eish...

"Hoi, apa yang kau dah buat dengan pintu tandas kesayangan aku huh?!" Marah Takiya Genji lalu segera meluru ke arah isterinya.

"Kau tengok! Kan aku dah kata pintu ni dah nak roboh. Bukan salah aku kalau benda ni jatuh tetiba, " jawap Tengku Nurfaiza selamba.Daripada terus melayan drama free daripada lelaki itu, lebih baik dia bermain telefon kat dalam bilik.

"Kau nak gi mana? Ingat sikit erk, kau tu hanya menumpang kat rumah aku, " ingat Takiya Genji kasar.

Tengku Nurfaiza menoleh ke arah suaminya semula lalu menunjukkan riak wajah yang bosan.

"Aku langsung tak hadap dengan rumah buruk kau ni. Dahlah busuk macam ikan. Sebijik macam tuan rumah dia ni!" ejek Tengku Nurfaiza pedas.

"Hoi, pompuan. Kau tahu tak apa perbezaan kau dengan sampah? Hmmm..takde! Sama-sama buruk! Busuk pulak tu! Sehina-hina aku, engkau lagi hina. Kaya tapi tinggal dengan orang miskin macam aku. Tak sedar diri menumpang kat rumah orang. "

"Aku pun tak hingin tinggal kat gua ni! Kalau tak disebabkan daddy, aku dah lama keluar! " Suara Tengku Nurfaiza naik seoktaf.

"Erk? Hahaha!! Mesti bapak kau tak sayangkan kau en? Tu sebab dia buang kau kat sini. Kesian. Blah. "

Zappp!!

Hanya dengan beberapa patah perkataan sahaja berjaya membuatkan hati Tengku Nurfaiza hancur berkecai. Savage!

Berdesing telinganya mendengarkan kata-kata yang baru sahaja diluahkan oleh lelaki tersebut.

Dalam diam-diam, Tengku Nurfaiza mengepalkan penumbuknya lalu berlari menuju ke bilik yang kelihatan usang. Ya, itulah bilik tidurnya. Akibat dikawal kemarahan, gadis itu masuk ke dalam bilik lalu menghempas kuat pintu biliknya.

"Pintu oii pintu... Asal lah kau roboh masa kat depan pompuan tu? Buat malu aku je, " omel Takiya Genji bersendirian apabila melihat Tengku Nurfaiza sudahpun beredar ke bilik.

Namun, selang beberapa saat kemudian, kedengaran lagi bunyi sesuatu jatuh dengan kuat.

Bamm!!

Naik terkejut Takiya Genji dibuatnya sebaik sahaja dia menoleh ke arah belakang. Di masa itu, kelihatan Tengku Nurfaiza sedang terkebil-kebil memandang ke arah pintu yang telah terhempas di atas lantai.

"What the.... "

"Erhhh hehehe... Sorry? " sengih Tengku Nurfaiza.

"Arghhh!! Rumah akuuu!!! "

_______________________________

Di Jepun..

"She's just married.. "

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now