Bab 60

11.2K 696 115
                                    

"Cik, ada orang nak jumpa cik kat luar," lapor Mak Kiah, amanah. Honey yang baru sahaja ingin menuju ke arah dapur terpaksa menukar arahnya untuk menuju ke arah luar.

'Sape pula yang nak jumpa aku awal-awal pagi ni?'

Sebaik sahaja tiba di hadapan pagar, dia dihampiri oleh seorang lelaki berhoodie hitam serta bertopengkan mulut dan kaca hitam di mata.

"Excu..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kepala ia dipukul oleh sesuatu benda yang berada di tangan si dia.

Pap!

"Ouch! Apa kaki nak pukul kepala orang awal-awal pagi ni?!" bentak Honey, sebal. Sakit tau tak!

"Ambik ni! Lagi sekali korang berdua cuai, aku kurung korang berdua kat rumah! Biar sama-sama takleh pergi mana-mana!" marah si dia, garang.

Honey melipatkan tangannya rapat ke dada seolah-olah merajuk. Dompet Tengku Nurfaiza yang berada di tangan si dia beralih pula pada tangan Honey.

"Camne boleh dapat balik?" Tengku Nurfaiza mengecilkan mata memandang si dia yang seolah-olah malas ingin memberikan jawapan.

Si dia risau andai muncul Tengku Nurfaiza secara tiba-tiba.

"Jangan kata yang...." Honey tidak jadi meneruskan ayatnya apabila lelaki itu terus sahaja memotong ayat ia.

"Aku tak bunuhlah! Takde mood!" ujar dia lalu beredar pergi. Seperti biasa pergi tanpa sebarang kata.

"Boleh percaya ke?" gumam Honey sendiri. Sesaat kemudian dia menjongketkan bahunya lantas masuk ke dalam rumah semula.

Semalam...

Bang! Bang!!

Si dia duduk mencangkung di hadapan mayat lelaki yang telah meragut dompet Tengku Nurfaiza. Kepala lelaki yang baru sahaja ditembaknya ditolak perlahan lalu dia mencebik malas.

"Next time, jangan mencuri lagi tau. Berdosa. Mak tak ajar," bisik dia lalu beredar daripada tempat tersebut. Tak betah tinggal lama-lama kat situ . Karang ada orang nampak pula.

________________________________

"Good morning sugar baby!" Miko mengusap kasar kepala Tengku Nurfaiza sehingga wanita itu merengus geram. Pelik doh tetiba nak sindir orang. Pehal?

"Sindir aku ke?" soal Tengku Nurfaiza, dingin. Miko tersengih bagaikan tidak bersalah.

"Lek arh. Hangpa jangan mau marah-marah. Tak pasai-pasai lekas tuo," usik Miko selamba lalu menuju ke arah meja makan. Tengku Nurfaiza hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.

Gurau kasar nampak!

"Sape punya dompet kat sini? Ingat meja solek ke nak letak barang sesuka hati?" tegur Alex apabila melihat sebuah dompet hitam di atas meja.

"Tu dompet Faiza! Macam mana boleh ada kat sini balik?!" soal dia terkejut. Magik ataupun tahyul semata-mata?

"Honey yang letak kat situ," sampuk Honey selamba seraya menekan sesuatu di atas skrin telefon.

"Macam mana Honey boleh dapat balik dompet ni?" Tengku Nurfaiza benar-benar berasa pelik. Hebat betul Honey ni. Macam ada kuasa.

"Tadi..." Honey terdiam. Hampir sahaja dia terlepas cakap mengenai si dia yang memberi dompet tersebut pada awal pagi tadi.

"Tadi apa?"

"Errhhh tadi Honey nampak kat situ. Lepastu ..erhh ..entahlah! Rezeki kut," dalih Honey. Kalau bab-bab nak kelentong orang ni, dia memang nombor satu daripada BELAKANG. Tu je lah kelemahan dia.

I'm A Fighter!Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu