Bab 63

12K 791 77
                                    

Flashback ( Di Jepun..)

Tengku Fazril mengeluh geram apabila waze di telefonnya seolah-olah gagal berfungsi. Baru sahaja tadi, dia selesai menghadiri mesyuarat bersama seorang klien di Jepun.

Niat nak balik Kamakazi's Hotel tapi lupa mana jalan balik dia. Dipakai waze, waze pula macam rosak. Sekejap ke kiri, sekejap kanan. Tup-tup kubur dia tunjukkan! Celake punya aps!

Kalau ikutkan tarikh yang sebenar, dia patut balik esok je kat Malaysia tapi dah alang-alang menyeluk pekasam biar ke pangkal lengan tu, eh pasai po tetiba peribahasa pula ni.

Okay, author betulkan balik. Dah alang-alang siap awal daripada masa yang dijangka, dia dah boleh ke Malaysia hari ni juga.

"Waze bahalol bin toyol! Kau dah rosak ke apa?!" gerutu Tengku Fazril, geram. Alah, nak balik cepat. Dah rindu kat bini yang tengah berada kat Amerika.

Sewaktu Tengku Fazril sibuk bergumam bagaikan orang gila, tiba-tiba pandangannya tertancap pada beberapa buah kereta yang sedang elok tersadai di tengah jalan. Kelihatan ada sekumpulan lelaki sedang bergaduh dan salah satu daripadanya amat dia kenali.

"Genji?!" Terbeliak mata Tengku Fazril melihat pemandangan tersebut. Dia segera memberhentikan keretanya di bahu jalan lalu keluar untuk mendekati mereka.

Langkahnya semakin deras diatur ke arah sebuah kedai tertutup untuk mengintip segala perlakuan Tazaki Genji yang agak ganas.

'Nampak macam marah. Tapi kenapa?'

"Mana bini aku?!! Aku nak bini aku!! Mana?!!"

Kali ini, mulut Tengku Fazril pulang terlopong luas. Dia benar-benar terkejut tahap tak boleh bincang. Jika Genji mencari bininya, bermaksud adiknya kini berada di dalam kesusahan.

Tak lama kemudian, Tengku Fazril menapak ke belakang apabila melihat Tazaki Genji, Mika dan seorang gadis yang tak dikenalinya sedang memarahi seorang lelaki di dalam kereta.

Tengku Fazril dengan pantas menuju ke arah keretanya lalu mengikut kereta asing tersebut dari arah belakang. Dia sengaja memperlahankan keretanya agar tidak disedari oleh mereka yang lain.

Setiba mereka di sana, Tengku Fazril melihat Tazaki Genji menuju ke arah atas bersama seorang gadis (Honey) manakala Mikami Brothers membelasah orang-orang Narumi dengan lekas.

Tanpa mereka sedari, Tengku Fazril juga turut melindungi mereka dengan membelasah orang-orang Narumi yang berada di luar bahagian rumah. Setelah itu, dia mengikuti larian Mikami Brothers yang kini menuju ke aras tingkat atas.

Saat bertukar minit dan minit takkan bertukar saat ye, bengonglah korang. Di kala itu, Tengku Fazril melihat perlawanan hebat antara Tazaki Genji dan Narumi. Dia mampu melihat kolar Narumi sedang berada di dalam genggaman Tazaki Genji.

Belum sempat lelaki itu dibantainya, datang pula Kaizo sebagai penyelamat. Tengku Fazril berdecit geram.

Bukan itu sahaja, Rikito, Bitou dan Micheal juga turut datang bagi menumpaskan Tazaki Genji.

Lima lawan satu? Giler kau. Adil ke?!

Tengku Fazril melihat pertengkaran kecil yang sedang berlaku antara Narumi dan orang-orang kanannya. Tak lama selepas itu, mereka beredar meninggalkan mereka yang lain selepas sahaja Micheal menyebut perkataan bom.

Rasa simpati terlahir apabila melihat Tazaki Genji menolak tubuh adiknya untuk beredar daripada kawasan tersebut. Tengku Nurfaiza meronta-ronta ingin dilepaskan sehinggalah mereka lesap di sebalik tingkat bawah.

Kini, Tengku Fazril melihat adik iparnya itu sedang gigih membelasah orang-orang Narumi. Jumlah mereka yang terlalu ramai menyebabkan lelaki itu rebah di atas lantai ditambahkan lagi keadaannya yang baru dibelasah oleh Narumi and the babiss babiss.

I'm A Fighter!Kde žijí příběhy. Začni objevovat