Bab 26

10.4K 630 39
                                    

Seminggu kemudian, Tengku Nurfaiza diserang "penyakit senyum. " Kenapa korang tanya? Hah, disebabkan dia duk senyum dari tadi. Sudah beberapa puluh minit dia membasuh pinggan namun kerjanya itu belum selesai sejak tadi lagi.

Walhal pinggan yang ingin dibasuh hanya 4 atau 5 je. Tak luak sangat pun. Kenangan seminggunya bersama Takiya Genji membuatkan dia berasa gila. Gila! Oiii gila!! Hahahaha! Lama-lama author pun jadi gila.

"Hello, sugar baby! " sapa seseorang lantas tubuh Tengku Nurfaiza dipeluk dari arah belakang. Sesaat, gadis itu terdiam.

"Aik, tak siap-siap lagi basuh pinggan ni? Nak biy tolong basuhkan? " ucap Takiya Genji, lembut.

(Gila. Author tak boleh nak taip sekarang. Duk gelak bayangkan malaun ni tetiba jadi romantis. Adoiiiii...)

"Erhhh takpe, takpe. I boleh buat. You duduk je kat situ, " tolak Tengku Nurfaiza tanpa memandang ke arah suaminya.

Takiya Genji pula sudah tersenyum.Tahu bebenor perangai Tengku Nurfaiza yang ingin mengelak daripada berhadapan dengannya.

"Kenapa biy dapat rasa aura malu kat sini erk? " Bersama ayat tersebut, Takiya Genji terus sahaja mengucup pipi isterinya.

"Heiiii... You ambik kesempatan! " Tengku Nurfaiza memusingkan badannya lalu wajah Takiya Genji dipandang geram.

"Tak luak mana pun sayang. Sikit je tu. Kalau nak lebih pun takpe juga en?  Hah, nak cuba ke? " usik Takiya Genji lantas memuncungkan bibirnya pada bibir gadis itu namun Tengku Nurfaiza segera menolak perlahan wajah suaminya.

"Miang!! " Dia tergelak kecil.

"Sikit je, sugar baby. Please.. " Takiya Genji ingin bermanja-manja dengan isterinya. Jelas sangat pipi Tengku Nurfaiza kelihatan merah membahang.

"Sugar baby, sugar baby. Kenapa erk you suka panggil I macam tu? " soal Tengku Nurfaiza mengalihkan topik perbualan.

"Sebab.. Senyuman sayang tu manis macam gula," bisik Takiya Genji, romantis sehingga membuatkan Tengku Nurfaiza tersenyum malu.

"Hmmm baby pula? "

"Sudah terang lagi nak bersuluh. Of course,you are my little 'baby'...comel,manja,menarik hmmmm seksi.. " kata dia lagi. Kali ini, Takiya Genji sengaja mengigit sedikit telinga isterinya.

"Okay, stop! I nak pergi kerja, " tolak Tengku Nurfaiza apabila merasakan Takiya Genji semakin melakukan perbuatan yang agak jauh daripada sangkaannya.

"Sayang, seriously?" Soal dia kurang berpuas hati.

"Yupp and you pun perlu pergi kerja sekarang. Kang lewat pula. Sia-sia je gaji tu kena potong tau, " usik Tengku Nurfaiza seraya mencari kunci keretanya.

"You, I,  you, I.. Eloklah panggil suami macam tu. Ingat kawan ke? " rungut Takiya Genji.

"Takiya, mana kunci I? " Tengku Nurfaiza mengabaikan rungutan Takiya Genji. Di kala itu, dia sedang tekun mencari kunci keretanya. Dah cari merata tempat tapi tetap tak jumpa. Rumah bukan besar mana pun. Kecik je.

"Biy akan bagitau sayang kalau sayang stop panggil biy you and i.. Sakit tau tak dengar gelaran macam tu. Rasa nak bunuh diri je, " ujar Takiya Genji. Melebih pula mamat ni.

"Wait. Kunci tu tempat you kan? " agak Tengku Nurfaiza.

"Entah. "

"Takiya!  I nak pergi kerja!" protes dia.
"So?"

"So, I nak kunci tu. Bak sini, " pinta Tengku Nurfaiza seraya mendekati suaminya.

"Cakap elok-elok dulu. Tak nak I,you,I,you. Biar sopan sikit panggilan tu," tegur Takiya Genji.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now