Bab 22

10.3K 602 10
                                    

2:45 a.m

Seorang lelaki berjaket kulit hitam sedang berjalan perlahan menuju ke arah mangsanya. Tangan yang berotot sedia mengenggam sepucuk pistol. Mulutnya pula ditutup dengan sehelai penutup mulut berwarna hitam manakala kepalanya ditutupi dengan sebuah topi.

Di kala itu, dia melihat Tengku Fazril sedang berdengkur dalam tidurnya bersama air liur yang jelas mengalir. Eyuh, geli!

Lelaki misteri tersebut meregangkan bahagian lehernya lalu dengan selamba mengacukan pistol tepat ke arah kepala Tengku Fazril. 1...2...

Belum sempat tembakan dilepaskan, tiba-tiba kedengaran jeritan seorang perempuan dari arah belakangnya.

"Woi!! "

Lelaki misteri itu kelihatan sedikit bengang sebaik sahaja melihat kelibat Putri Risha. Tanpa membuang masa lagi, Putri Risha mencapai sebuah pasu lalu dilontarkan ke arah lelaki itu.

Bunyi pasu yang berderai masih tidak mampu mengganggu lena si "Putera Katak". Tidur mati agaknya. Bahabi betul.

Putri Risha berlari pantas ke arah musuhnya lalu cuba menyepak bahagian dada lelaki tersebut namun malangnya lelaki itu pantas sahaja mengelak dengan penuh riak dingin.

Ketika Putri Risha melepaskan tumbukan kuatnya, lelaki itu menangkis lantas menghadiahkan sebuah serangan ke arah wajah perempuan tersebut.

Akibatnya, kepala Putri Risha terteleng ke tepi.

"Grrrr... " Putri Risha menyerai geram. Bersama rasa yang panas hastag berapi-rapi macam manggi berapi, Putri Risha melepaskan tumbukan versi Angel ke arah wajah lelaki tersebut.

"Arghh!! " Si dia terdorong ke belakang. Dia memegang dagunya yang mulai mempunyai darah daripada bahagian mulut. Mungkin bibirnya telah pecah.

"Kau dah berhadapan dengan orang yang salah, " Putri Risha a.k.a Angel tersenyum sinis sehingga membuatkan darah lelaki itu bergelenggak panas.

Seketika, Putri Risha meluru ke arah lelaki tersebut lantas menghadiahkan flying kick. Nun jauh yang tak berapa nak jauh di sana, si bahabi masih tidur diulit mimpi manisnya. Tara guna langsung.

Lelaki misteri itu seolah-olah mampu membaca gerak-geri Putri Risha. Segala serangan ditepis serta dielak dengan kelajuan yang agak sukar dijangka.

Ketika Putri Risha kelihatan penat, si dia mengambil peluang dengan membuat putaran 90 darjah di atas lantai sehingga membuatkan Putri Risha terjatuh.

Bunyi gedebuk yang terhasil daripada punggung a.k.a bontot Putri Risha benar-benar menyebabkan Tengku Fazril terbangun daripada lenanya. Bahabi itu segera bangun seraya memisat-misat matanya. Celaka,kuat sangat ke bunyi bontot Risha mencium lantai?

"Mummy? "soal Tengku Fazril bersama mata yang masih kabur. Si dia menderam seram. Tangannya menarik rambut si mangsa lalu ingin dihempas pada bucu meja.

Namun, perbuatannya sempat dihalang apabila Tengku Fazril sahaja bangkit lalu melayangkan tendangan maut. Entah bila si bahabi ni bangun.

Lelaki misteri itu terdorong jauh ke belakang lantas menahan tubuhnya daripada jatuh. Dia sedaya upaya menahan sebal apabila melihat Tengku Fazril sedang membantu isterinya untuk bangun semula.

'Sabar. Kau tak boleh bertindak terlalu pantas. Ini bukan masanya untuk melangsaikan hutang darah kau, ' bisik hati dia. Akhirnya,  si dia beredar melalui balkoni lalu lenyap dilindungi kegelapan malam.

"Woi, sial!  Kau nak lari mana huh?! " herdik Tengku Fazril, panas hati. Langkah si dia ingin dikejar tetapi pantas sahaja dihalang oleh buah hatinya.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now