Bab 46

13.8K 750 75
                                    

Tazaki Genji tersengih bak kerang busuk melihat riak wajah Tengku Nurfaiza yang agak terkejut beruk. Kelihatan perempuan itu cuba menahan kemarahannya.

"I salah dengar ke? In..ini anak you?" soal si dia, sebal.

Spontan Tazaki Genji mengusap lembut belakang lehernya seraya tersenyum sumbing.

"Errhhh..hehehe.. Kantoi pula," ujar dia selamba betik.

Tengku Nurfaiza bagaikan hilang arah. Nak ke kiri ke nak ke kanan ni? Dia buntu. Dengan geram, bibirnya diketap menahan marah.

Hidup-hidup dia ditipu. Kalau Tazaki Genji habaq awal-awal, confirm tak masuk hospital. Beria dia menangis sebelum ni and rupanya pelaku tinggal serumah sahaja.

"Errrhhh..sugar baby..I.."

"Sanggup you rogol I! Hidup-hidup I percayakn you tapi you buat benda bodoh tu tanpa pengetahuan I! Tanpa izin I! You memang tak guna!" herdik Tengku Nurfaiza geram. Rasa nak bunuh je mamat ni.

"Biy tahu biy salah tapi.."

"Memang you salah! Hampir-hampir I bunuh baby ni disebabkan you! Keluar!! I tak nak tengok muka youu!! Keluar!!" halau Tengku Nurfaiza, bengang.

Tazaki Genji berdecit malas.

"Salah biy? Hello mak cik kantin, bukan biy yang cuba nak bunuh anak kita erk. You sendiri yang nak buat," selamba Tazaki Genji membela dirinya.

"I?! Salah I?!! "

"Yupp, bukan salah I kalau you ada otak yang hmmm bodoh sikit.." sengaja Tazaki Genji mengendurkan suaranya lalu tersenyum kambing. Hehehe.

"I bunuh you Gergaji! I bunuh you!!" Tanpa mengambil berat akan keadaannya sekarang, dia bangkit daripada katil lalu dibalingkan segelas kaca ke arah Tazaki Genji.

"Sayang!! You dah kena rasuk syaitan ke apa?! I ni suami you!!" tegur Tazaki Genji sambil mengelak setiap barang yang dibaling oleh perempuan itu ke arahnya.

"Suami?! Suami mana yang sanggup rogol bini dia sendiri?!" marah Tengku Nurfaiza.

"I lah yang sanggup. Takyeh nak cari contoh yang jauh-jauh," sengih Tazaki Genji, selamba.

"Youuu!! Erghhhh!!" Tengku Nurfaiza mara ke hadapan. Dia mencapai bantalnya lalu dibalingkan ke arah suaminya sekali lagi. Mujur sahaja, Tazaki Genji dapat menangkap bantal tersebut.

"Sayang, wayar tu!!" jerit Tazaki Genji apabila melihat wayar pada tangan Tengku Nurfaiza tercabut kasar.

"You jerit dekat I?!" Terjengil mata Tengku Nurfaiza merenung mata suaminya .

"Tak, I bukan jerit kat you. I cuma bagitau. Takkan tu pun salah?" Tazaki Genji semakin ke belakang. Cepat-cepat dia membuka pintu bilik apabila tiada lagi tempat untuk dia melarikan diri.

Sebaik sahaja pintu dibuka, semua mata menoleh ke arahnya.

"No! You jerit kat i!" tengking Tengku Nurfaiza.

Tazaki Genji meraup kasar rambutnya. Aku tak jerit woii! Aku tak jerit langsung!!

"I tak jerit, sayang! I langsung tak jerit!" Tazaki Genji sedaya upaya mempertahankan dirinya.

"See?! You baru je jerit kat I! You memang sengaja!" tuduh Tengku Nurfaiza sehingga membuatkan Tazaki Genji ingin menghentakkan sahaja kepalanya di dinding.

Nasib kaulah Genji.

"Dasar jantan tak guna!!" marah dia.

"Jantan ni juga yang dah buat sayang mengandung tau. Tak gitu," sengih Tazaki Genji, bangga.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now