Bab 36

10.9K 810 140
                                    

"Again!"

Tengku Nurfaiza tercungap-cungap menahan nafas. Air matanya dikesat kasar sambil mengurut dada yang berasa sakit.

"Saya tak boleh teruskan. Next week kita sambung lagi," pasrah Tengku Nurfaiza. Sebentar tadi, dia baru sahaja menghadapi simulasi mengenai pasangan berlainan jantina dalam situasi di mana malam pertama dilakukan.

"Tapi tengku.."

"Nop!" Tengku Nurfaiza perlahan-lahan bangun lalu menghadap Doktor Dyana.

"Saya tak mampu, doktor. Mungkin belum tiba masanya untuk saya sembuh daripada penyakit ni," dia tersenyum tawar.

"Tapi..tengku dah sembuh daripada rasa takut pada api. Semuanya disebabkan suami tengku sendiri. Tengku ingin selamatkan dia daripada kebakaran tanpa sedar bahawa tengku masih trauma. Apa kata kalau tengku cuba melakukan hubungan intim bersama dia pula? Mungkin cara ni berhasil," saran Doktor Dyana.

Tengku Nurfaiza mengeluh berat. Ya, dia dah sembuh daripada Pyrophobia tapi bukan Genophobia. Baginya menghilangkan Genophobia lebih sukar berbanding Pyrophobia.

Dengan senyuman yang pendek, Tengku Nurfaiza ingin beredar sahaja daripada situ. Tahap terakhir dengan sahnya dia telah gagal. Apa nak dihairankan? Tahap pertama pun dah gagal apatah lagi tahap terakhir.

"Tengku.." seru Doktor Dyana sehingga membuatkan dia menoleh semula ke belakang.

"Tengku tak pernah ke nak mempunyai keluarga sendiri? Tak jealous tengok keluarga yang bahagia? Ataupun anak-anak yang sering bermanja dengan ibu bapa mereka sendiri?" Doktor Dyana cuba memancing perasaan pesakitnya.

Tengku Nurfaiza terdiam. Ada benar juga kata-kata doktornya. Pernahkah dia terfikir untuk mempunyai keluarga sendiri seperti orang lain?

_______________________________

"Ayah nak aiskrim tu!" Si kecik memuncungkan bibirnya meminta aiskrim.

"Nak berapa?"

"Dua! Dua! Dua!" Teruja si kecik menjawap sehingga membuatkan ibu bapanya tersenyum lebar.

Dari jauh, Tengku Nurfaiza melihat keluarga tersebut dengan seribu perasaan. Entah untuk ke berapa kali dia dah mengeluh.

Sejujurnya, dia sendiri juga turut berasa cemburu. Dia dah lama kahwin tapi masih hidup seperti anak dara sunti. Kadang-kadang dia terfikir. Adakah dia telah menyeksa batin suaminya dengan tidak memberikan hak dan tanggungjawapnya sebagai isteri?

Mungkin juga Tazaki Genji meninggalkan dia disebabkan kurang kasih sayang mahupun belaian. Mustahil Tazaki Genji tidak memikirkan tentang zuriat daripadanya.

Setiap keluarga inginkan anak. Termasuk dia tapi...haih tak tahulah nak cakap apa. Sambil mengeluh berat, Tengku Nurfaiza bangkit daripada kerusi taman lalu ingin melintas jalan raya.

Ketika dia melintas, entah mengapa perutnya berasa sakit. Argh, masa ni juga senggugut nak datang!

Pandangannya kelihatan kabur dan di kala itu juga dia mampu melihat seorang gadis ingin melanggarnya dengan riak wajah yang penuh sinis dan dendam.

"Mampus kau, Faiza!"

Tengku Nurfaiza tidak mampu lagi bergerak malah ingin mengelak. Kepalanya benar-benar sakit. Dia pasrah. Mungkin sahaja ajalnya telah tiba.

"Mampus!!!"

"Puannn!!" Steven menarik tangan Tengku Nurfaiza sehingga mereka berdua jatuh di tepi jalan raya. Dia melihat sebuah kereta silver sedang memandu laju seraya ingin beredar daripada situ.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now