Bab 71 (The End)

15.6K 732 53
                                    

Jika ada typo, ABAIKAN!

Lama Kaizo menatap wajah si dia yang sedang menunjukkan riak wajah yang tenang. Tak semena-menanya dia berasa tercabar melihat wajah anak muda itu. Di matanya, Roland kelihatan muda dan agak mentah. Sape dia nak masuk dalam dunia sekejam ini?

"Sape kau?" soal Kaizo, serius. Tangannya kuat menggenggam sebilah pedang samurai.

Roland tersenyum sinis. Kaizo taklah sehebat mana baginya. Mungkin semut api lagi terboek dari dia.

"Aku tanya sape kau?!" desak Kaizo, sebal.

"Aku adalah orang....yang akan cabut nyawa kau," selamba Roland berbicara sehingga menaikkan darah Kaizo. Sepatutnya dia yang berkata seperti itu bukan budak hingusan seperti Roland.

"Hahahaha!! Aku salute budak macam kau. Gila, menarik dan bodoh!" Serentak itu, Kaizo menuju ke arah Roland dengan sepantas kilat. Anak kepada Tengku Fazril akan mati di tangannya sekarang juga!

Di sana pula, Tamao Serizawa masih tekun bertarung dengan Rikito..erhh..atau lebih tepat dibelasah teruk oleh lelaki itu. Apakan tidak, sejak tadi wajahnya ditumbuk tanpa henti. Berulang kali dia terpelanting menahan kesakitan yang tak terperi terutama di bahagian belakangnya.

Seperti biasa riak wajah lelaki itu masih kosong namun kelihatan lelah memukul semua bahagian tubuh Tamao Serizawa. Sepanjang tubuh lelaki itu 'dikeronyok', dia berasa pelik. Sudah pelbagai aksi dan gaya dikeluarkan namun lelaki itu masih kuat berdiri.

Wajah kacaknya tak kelihatan lagi . Cuma nampak lebam dan dipenuhi dengan darah pekat.

Tajam tunak mata Rikito merenung ke arah Tamao Serizawa yang sedang bangkit berdiri. Lelaki itu terbatuk-batuk seraya mengeluarkan darah pekat.

Jika Tamao Serizawa dalam kepayahan, tak jauh juga apa yang dirasakan oleh ketuanya, Tazaki Genji.

"Arghhh!!"

Tazaki Genji menahan tumbukan yang hampir hinggap pada wajahnya. Sungguh pantas sekali serangan Kaizo sehingga Tazaki Genji hampir sahaja terleka.

"Arghhhh!! Mati lah siall!!!" Narumi menendang perut Tazaki Genji dan dia berjaya membuatkan lelaki itu terjatuh di atas tanah yang kering.

Tazaki Genji semakin kepenatan. Cuaca yang panas bagaikan tiada rasa simpati terhadap mereka yang sedang ligat mempertahankan nyawa masing-masing.

Begitu jahilnya mereka sehinggakan dosa dan pahala diketepikan hanya semata-mata ingin menegakkan kepentingan diri sendiri. Semua nak hidup tapi berani memperlekehkan nyawa yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa.

Dunia yang disangkakan indah hanya sekadar nama di atas kertas kosong. Jika terus-terusan seperti ini, adakah dunia akan dipenuhi oleh orang seperti mereka?

Setitis darah tak bernilai di mata masing-masing. Narumi bebas tergelak jahat melihat seluruh konconya menentang Suzuran. Baginya, tak lama lagi Suzuran akan menjadi milik ia. Dan Tazaki Genji, hahaha..bye bye! Hutang darah harus dibayar darah!

____________________________

"Dah berapa jam diorang pergi kak. Mana diorang sekarang? Faiza risau!" bentak Tengku Nurfaiza bagaikan hilang arah. Kalau dibiarkan lama, boleh gila gamaknya.

"Faiza, sabar sayang. Kak long...kak long pun tak tahu," jawap Putri Risha, tersekat. Sebenarnya, dia juga turut risau. Nyawa anak lelakinya juga mungkin berada dalam keadaan yang bahaya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia turun padang.

Namun, Tengku Fazril keras menegahnya. Dia kata jika ingin Roland menjadi seorang lelaki yang sebenar, dia tak perlukan apa-apa pertolongan daripada mereka. Kau gila?! Anak aku memang lelaki! Takkan pompuan kut?!

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now