Bab 40

12.4K 713 72
                                    

Krikk..krikk..krikk...krikk..

Tanya sama pokok apa sebab goyang nanti jawap pokok orang yang tebang..

Krik..krikk..krikk...

"Ehem!" Tengku Nurfaiza berdehem kuat apabila suasana tiba-tiba sahaja menjadi sunyi. Masing-masing sibuk bertatapan tanpa membuka sebarang bicara. Sunyi. Cengkerik pun bosan nak berbunyi.

"Emmm..so, how was your day, Faiza?" Akhirnya, Maisara membuka suara apabila keadaan semakin janggal. Dilihatnya riak wajah Tazaki Genji langsung tidak menunjukkan riak yang senang dengan kehadiran mereka sekeluarga di dalam 'istananya.'

"More than okay!" riang Tengku Nurfaiza menjawap. Sekilas, dia menoleh ke arah Tazaki Genji. Lelaki itu hanya mampu tersenyum tawar.

Namun, sesaat kemudian, Tazaki Genji tiba-tiba mengusap lembut rambutnya serta pipi ia juga turut dikucup mesra.

"Sayang, boleh tak tolong buatkan air untuk kitorang?" pinta dia.

Tengku Nurfaiza berasa pelik. Kan ada berpuluh pembantu rumah, kenapa tak suruh je diorang? Dah nama pun tugas.

"Tapi..."

"Please," mohon dia bersama senyuman yang mampu mencairkan sesiapa sahaja. Serta-merta Tengku Nurfaiza tersipu malu.

"Okay! Korang semua tunggu kejap tau. Nanti Faiza datang balik," beritahu dia lalu mengorak langkah ke arah dapur.

"Erhhh, meh kak long temankan," sampuk Putri Risha lantas mengejar langkah adik iparnya.

Setelah kedua-dua kelibat mereka hilang, Tazaki Genji menaikkan kedua-dua kakinya di atas meja lagak seperti bos.

"Aku dah seksa then bunuh dia. Argh, aku rindu dengan jeritan kesakitan dia," ajuk Alex pada ayat Tazaki Genji sebentar tadi.

"Cakap lebih," tambah Miko. Hampir terburai gelak mereka semua apabila mengingati kata-kata lelaki itu. Sikit dah nak percaya. Ingatkan betul. Tup-tup ada lagi heroin dalam cite ni.

"Aku takde mood nak layan korang punya lawak bodoh. Keluar daripada rumah aku sekarang," halau Tazaki Genji serius.

"Kalau kau nak kitorang keluar, Faiza kena ikut sekali," balas Tengku Haikal sehingga membuatkan raut wajah Tazaki Genji bertukar semakin serius.
Seketika, ketua yakuza itu menoleh ke arah Tengku Zamil. Hatinya mulai membara panas.

"Hei, Zamil! kau tak pernah ajar ke anak-anak kau?" sindir Tazaki Genji, kurang ajar hastag selamba tengkorak dia panggil bapa mentua dengan nama je.

"Wowow! Kau jangan nak tunjuk ajar ye! Agak-agak sikit nak panggil bapa mentua kau macam tu," sampuk Tengku Fazril. Giliran dia pula panas hati. Mulut tak boleh blah langsung!

"Mentua? Hahaha!! Lawak apa ni sial? Korang musuh aku. Set benda ni dalam kepala hotak korang yang kosong tu!" sindir Tazaki Genji . Pergh, ayat walaweh.

"Hoi, bodoh! Kalau kitorang ni takde, kau ingat boleh bersama dengan Faiza ke? Pegidahhh..." ejek Riko pula.

Tazaki Genji tersenyum sinis. Dia sorang vs satu keluarga mafia. Apehal? Rasa takut? Nop! Dia langsung tak takut. Dia gembira melihat wajah musuh-musuhnya .

"Kalau aku tinggalkan Faiza sekalipun, percayalah..dia tetap akan cari aku," jawap Tazaki Genji, bernas. Yelah, isteri kan kena ikut suami. Takkan kena ikut suami orang pula.

Dalam masa itu kedengaran Tengku Zamil mengeluh berat. Wajah diangkat lalu menantunya ditenung lembut.

"Aku tak nak bermusuh dengan sesiapa terutamanya dengan kau. Lebih-lebih.."

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now