Bab 19

10.3K 682 30
                                    

"Jadikan malam ku lebih indah,jadikan siang ku lebih terang. Biar erhhh erhhh biar bunga ku terus mewangi erhh selamanya..Wo woah woahh! Jadikan malam kuuuuuuuuuu lebih indahhhhh!!! "

Pakk!!

"Adoi! Anak haram mana yang berani pukul kepala aku?!" marah Mika sebal apabila lagunya terhenti disebabkan seseorang.

"Salah kau! Dahlah lirik lagu pun kau tak hafal. Menyanyi pun sampai nak terjerit-jerit. Kau nak bagi satu kampung dengar ke?!" jerkah Takiya Genji bengang lalu menjeling tajam ke arah Mika yang sedang tersengih malu.

"Weh, jomlah keluar hari ni. Bosan arh terperuk aje kat dalam rumah ni macam beruk. Panas tau tak. Dahlah kipas ada satu je. Neraka pun tak sepanas macam ni tau, " rungut Kami jujur.

"Aik, cara cakap macam dah pernah singgah kat neraka je," sindir Mika pada adik kembarnya itu.

"Korang berdua tu anggota neraka yang tetap. Rakan baik kepada setan-setan durjana kat luar sana. Hah, keluar daripada istana aku ni kalau tak mampu nak bertahan, " ujar Takiya Genji selamba seraya duduk seperti seorang bos di atas sofa lusuhnya.

"Ni yang aku tak suka. Aku paling pantang bila dipuji. Takut bangga weh!"

"Sape yang puji kau?! " Mika menolak kepala adiknya diikuti oleh Takiya Genji.

"Woi, sakitlah bangang! Aku bagitau Serizawa yang korang dah buli aku kat sini!  Tamo kawan lagi. Shuh shuh.. " Kami berpura-pura merajuk seperti budak kecil.

Takiya Genji dan Mika hanya saling berpandangan lalu melontarkan semula pandangan mereka pada televisyen kecil yang berada di hadapan mereka bertiga.

Walaupun siaran tersebut hanya mampu menyiarkan tv3 ,tv2, tv1 dan tv4 Takiya Genji tak pernah sesekali merungut akan kemiskinan yang melanda hidupnya.

Takde astro mahupun siaran menarik yang lain tak senestinya membawa kita ke arah kematian bro. Fikir. Banyak lagi benda yang boleh dibuat berbanding menonton televisyen kat rumah.

Cubalah bersosial sikit kat luar rumah. Eh eh lupa. Aku pun kurang bersosial juga kat luar rumah. Maklumlah rumah tinggal kat tepi hutan. Jiran pula tinggal berjauhan sedikit daripada rumah kitorang.

"Ehem! Takiya.. Hari ni aku cuti. Apa kata kalau kita semua keluar bersiar-siar kat fun fair hujung bandar sana. Aku pun nak cuba juga permainan yang diorang dah sediakan, " tutur Tengku Nurfaiza tiba-tiba bersama senyuman manis di wajahnya.

Takiya Genji terdiam sebentar sambil wajah isterinya dipandang lama.

"Aku takde mood nak keluar hari ni. Full stop!" tekad Takiya Genji tanpa mengendahkan raut kesedihan yang terpampar pada wajah Tengku Nurfaiza.

"Hmmmm.. Aku beria nak pergi kat fun fair tu. Takpelah. Maybe bukan rezeki aku, " omel Tengku Nurfaiza perlahan tetapi masih mampu didengari oleh suaminya.

Mendengar omelan halus itu membuatkan hati Takiya Genji sedikit tersentuh. Dengan keluhan berat, dia menoleh semula ke arah Tengku Nurfaiza.

"Dalam 10 minit aku nak kau dah bersiap. Sesaat je kau lambat, aku terus batalkan keputusan aku, " ucap Takiya Genji mendatar sehingga membuatkan Tengku Nurfaiza bersorak kegembiraan.

"Yess!  Okay, kejap je. Kau tunggu aku erk, " pinta dia lantas segera masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Setelah kelibat gadis tersebut hilang di sebalik pintu, Mikami Brothers memandang Takiya Genji dengan riak yang agak sukar ditafsir.

"Aku tak silap dengar ke? " soal Mika serius.

"What? " Acuh tak acuh Takiya Genji menjawap.

"Dia baru je panggil kau Takiya. Kalau kat Jepun, tak ada masalah bro. Tapi kalau dia tahu yang Takiya tu... "

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now