Bab 64

11.6K 705 62
                                    

Malam itu, Tengku Nurfaiza dan sekeluarga berkumpul secara beramai-ramai untuk meluangkan masa bersama. Tak jauh daripadanya, Alex dan Tazaki Genji sedang bermain catur, Makise dan Kami bermain Slendrina manakala Tengku Fazril bermain permainan video bersama Tengku Haikal.

Dasar gila game!

"Dia datang! Dia datang!" jerit Kami, apabila kedengaran Slendrina hampir muncul berdekatan dengan avatarnya.

Jing!

"Arrghhhh!!" Terjerit Kami, Makise dan yang lain-lain apabila Slendrina muncul secara tiba-tiba sehingga telefon di tangan Kami terpelanting di atas lantai.

Oleh kerana terkejut, tanpa sengaja Kami memijak telefonnya sambil menjerit ketakutan . Habis telefon tersebut dipijak sehingga hancur berkecai. Ternganga mereka dibuatnya.

"Woi, apa kau buat ni?!" marah Izaki, geram. Telefon pula dijadikan mangsa.

"Ak...aku terkejut," ujar Kami tersekat-sekat seraya memegang dadanya yang berdebar-debar.

'Tak guna punya Slendrina! Berani kau terkejut aku!'

"Kalau ye pun, janganlah hempas telefon tu," tegur Tokio.

"Aku tak sengaja weh. Uwarghhh!! Iphone X aku!!" rintih Kami. Dia menjerit sebal lalu menangis seperti seorang bayi.

"Iphone X en? Hah, eloklah tu dah jadi 'ex'. Takyeh kau nak kenang benda lama. Dah tahu diri tu penakut, nak lagi main benda alah tu," sindir Makise, pula.

"Mika!!! Tengok diorang ni!!" adu Kami, manja. Dia merapati abang kembarnya lantas menjerit sekuat hati. Geram tul!

Mika yang sejak tadi melihat permainan catur antara Tazaki Genji dan Alex segera menoleh ke arah adik kandungnya.

Kelihatan lelaki itu berwajah bengang tak puas hati.

"Meh, sini. Duduk diam-diam dengan aku. Jangan kau bergaul dengan budak-budak macam diorang. Diorang tu tak berpelajaran," giliran Mika pula menyindir.

Suka hati korang erk nak buli adik aku!

"Mentang-mentang kembar," komen Tokio, jelek.

Bila si adik dibuli, abang pula yang datang. Menyampah doh!

Triple Ko yang sejak tadi menonton permainan video, menjongketkan kening masing-masing apabila melihat telatah Mikami Brothers.

"See? Kan bagus kalau aku pun ada abang macam Mika. Bela masa adik tengah susah. Bukan macam korang! Bila aku nangis, satu pun takde yang datang pujuk!" sindir Ciko, cemburu.

Riko dan Miko saling berpandangan sebentar. Tak lama kemudian, mereka menolak kepala Ciko sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Jangan nak mimpilah sial!" ujar mereka, serentak.

Ciko mencebik geram. Sesaat dua saat kemudian, dia bangkit daripada sofa lalu menuju ke arah Mikami Brothers sambil menghentak-hentakkan kakinya.

"Sikit-sikit nak majuk!" rungut Miko, geram.

Setiba Ciko di samping Mikami Brothers, dia duduk di sebelah Mika.

"Hai, boleh tak aku jadi kembar korang?" sengih Ciko.

Mikami Brothers saling berpandangan buat seketika. Mereka menoleh ke arah Ciko dengan wajah yang tenang lalu berbicara semula.

"Siapa kau?"

And savage!

Kesian Ciko...huhuhu..ada sesiapa yang nak jadi kembar Ciko tak? Cu angkat ketiak sikit. Eh, busuk!

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now