Bab 5

12.5K 760 59
                                    

12:25 tengah malam. Putri Risha terpaksa bangun daripada lenanya apabila dia diganggu dengan sebuah mimpi yang agak aneh.

Dalam mimpi tersebut, dia melihat sebuah keluarga yang bahagia serta dua orang budak lelaki sedang bermain dengan ibu bapanya. Bila dilihat dari sudut yang lurus, mimpi itu hanya kelihatan biasa.

Tapi bukan dirinya. Jelas sekali dia melihat Tengku Nurfaiza sedang bergelak ketawa bersama seorang lelaki kacak, namun wajahnya agak kabur untuk  diamati.

Pelik! Faiza bencikan lelaki. Mustahil dia mempunyai anak kembar walhal gadis itu telah bertekad ingin menjadi dara buat selama-lamanya.

Seketika, Putri Risha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang benar wajah lelaki itu agak kabur untuk dilihat tetapi bukan pada matanya. Mata jejaka kacak tersebut kelihatan sungguh mempesonakan.

Sesuai sekali dipadankan dengan Tengku Nurfaiza yang mempunyai mata berwarna hazel. Putri Risha berfikir sejenak. Apakah tujuan dia diberi mimpi seperti ini?

Adakah Allah menghantar petunjuk melalui dia? Atau mimpi itu hanyalah mainan tidur?

Kadang-kala kita sebagai manusia takkan pernah faham. Ingatlah bahawa manusia hanya merancang dan Allah yang menentukannya.

Cewah ayat. Kau ada?

_______________________________

"Uwarghhh!! Wahai cucu aki yang kacak dan lagi juara, tolonglah jangan buat aki macam ni. Huhuhuhu.." Pak Nizam memeluk erat kaki Takiya Genji agar dapat menghalang cucunya itu daripada keluar rumah.

"Arhh takde-takde. Genji tetap nak pulangkan dompet ni pada pemilik asalnya!"

Sejak tadi, Takiya Genji berusaha menarik kaki kirinya daripada terus dipeluk oleh Pak Nizam tetapi orang tua itu terlalu degil dengan drama tak jadinya.

"Kalau dia tangkap aki camne? Sanggup ke tengok aki menderita kat dalam penjara?" Pak Nizam cuba meraih simpati.

"Padan muka aki. Sape suruh pakai duit polis," tempelak dia selamba.

"Tak guna punya cucu. Nak sangat reputasi aki sebagai jejaka malaya tercalar ke?" perasan orang tua tersebut.

"Sejak bila orang macam aki ni ada reputasi?"

Pak Nizam bangkit daripada atas lantai lalu kepala cucunya ditolak kasar.

"Kau ngata aki erk?"

"Apa ni aki? Sakit la!" Takiya Genji mengusap-usap kepalanya yang baru sahaja ditolak oleh Pak Nizam. Nampaknya, orang tua itu benar-benar tidak ingin dimasukkan ke dalam penjara.

"Bak balik dompet tu!" arah Pak Nizam keras. Dia bercekak pinggang ala-ala mak tiri sambil menjengilkan matanya.

Eh, eh. Ingat orang takut la tu.

"A big no, aki!" tegas Pak Nizam.

Buat seketika, Pak Nizam mengerutkan dahinya.

"Bahasa apa yang kau pakai tu?" Orang tua tersebut mulai berfikir. Apa ke maknanya no tu? Ni no ni no, bunyi ambulans ke?

Tak lama kemudian riak wajah Pak Nizam berubah tegang. Dengan pantas, orang tua tersebut mencapai sebuah gelas plastik yang bernilai hanya 50 sen lalu dihempuk ke arah kepala cucunya.

Pak! Pak! Pak!

"Aduh! Aduh! Aki! Berhenti! Nak Genji mampus ke?!" Takiya Genji menepis serangan Pak Nizam. Wajah orang tua itu dipandang dengan penuh rasa tidak puas hati.

"Apa kena dengan aki ni sampai nak pukul Genji dengan gelas plastik yang berharga 50 sen?!" rajuk Takiya Genji.

"Apa yang tak kena kau kata? Kau tak sabar nak masukkan aki kat hospital en? Tu sebab kau panggil ambulans!"

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now