Bab 20

10.9K 695 43
                                    

"Hei, hei, hei, Takiya! Apa yang kau buat ni?! "

Tengku Nurfaiza berundur ke belakang secara pantas apabila Takiya Genji menyerbunya secara mengejut. Ketika itu, dia baru sahaja selesai mandi dan ingin menyalin pakaian.

Namun, dalam keadaan berkemban sahaja, lelaki itu datang menerpa secara tiba-tiba sehingga membuatkan dia sendiri kecut perut.

Dah macam singa nak makan rusa. Gegar lutut bro!

"Kau takut ke? " uji Takiya Genji lantas mengurung Tengku Nurfaiza rapat pada dinding. Kelihatan gadis itu memegang erat tualanya di atas dada daripada jatuh.

"Ta... Takut? Aku bukannya takut! Cu.. Cuma.. Erhhh tak biasa! Hah,tak biasa. So, kau boleh blah tak? Aku nak tukar baju! " halau Tengku Nurfaiza sedikit resah.

Renungan maut serta senyuman penuh bermakna Takiya Gergaji membuatkan lutut Tengku Nurfaiza terasa longgar. Hatinya pula confirm bergelora bagaikan lautan pasifik yang dilanda keganasan ombak.

"Hei, budak. Kau dah lupa ke dengan janji kau tadi? Kau ingat aku dah lupa? " kata dia, sinis. Tengku Nurfaiza mengigit bibirnya sambil mengeluh berat. Matanya pula tak lepas daripada menjuling ke atas udara.

Lagi-lagi janji tu yang dia inginkan. Tahu tak aku dah takde idea lain nak lepaskan diri?

"Aku akan tunaikan sebab aku bukannya manusia yang jenis langgar janji. Tapi aku nak hadiah tu ditukar. Deal? " Tengku Nurfaiza cuba menukar tawarannya.

"Tak nak. Aku tak nak. Simpan je tawaran basi kau tu. Aku tetap nak hadiah asal aku juga. Dah,cepat! Meh, kiss aku! " ujar Takiya Genji lalu tanpa segan silunya memuncungkan bibir ia.

Tengku Nurfaiza pula sudah terkebil-kebil. Gila ke apa mamat ni?

"Hurry up, young lady! Tak sabar dah ni, " desak Takiya Genji apabila Tengku Nurfaiza hanya bertindak mendiamkan diri. Tentu sahaja gadis itu berasa ragu-ragu ingin membuka langkah pertama.

"Kau nak aku kiss kau ke? " soal dia selamba.

"Eh, takpe takpe. Ak.. Aku buat. Aku boleh buat. Yakin! " Tubuh Tengku Nurfaiza mengigil menahan gementar. Di kala itu, dia melihat suaminya sedang menutup mata sambil memuncungkan bibir.

"I'm ready! " kata dia. Tengku Nurfaiza mengigit bibirnya menahan debaran di hati. Wajah tampan lelaki di hadapannya itu dipandang lama sambil tangan pula diangkat secara perlahan-lahan.

"Hmmmm... " Takiya Genji mendekatkan muncung bibirnya pada wajah Tengku Nurfaiza. Apabila wajah dia semakin mendekat, tangan Tengku Nurfaiza segera menolak kepala Takiya Genji sehingga lelaki itu terkejut besar.

"Hahaha!! Dasar orang tua miang! " ejek Tengku Nurfaiza lantas cuba melarikan diri. Namun belum sempat dia membuka pintu, tubuhnya dipeluk daripada arah belakang lalu dia dibawa ke atas katil.

"Hei, boy! Put me down! Are you crazy?!! " marah Tengku Nurfaiza,bengang.

"Aku gila? Kau tu yang dah gila! Bengap sangat nak keluar bilik dengan pakai tuala mandi je. Kau ingat mangkuk berdua tu takde nafsu ke? " sindir Takiya Genji sehingga membuatkan Tengku Nurfaiza terdiam lalu tersengih malu.

"Ha'ah erk. Lupa pulak."

"Tanda-tanda lah tu nak mampus cepat, " omel Takiya Genji perlahan tetapi masih mampu didengari oleh isterinya.

Cubitan pedas dihadiahkan tepat di perut si suami kerana bermulut lancang. Kurang ajar sangat!

"Dah, tepi! Aku nak pakai baju." Tengku Nurfaiza cuba melepaskan pelukan suaminya namun lelaki itu kelihatan seperti mengeraskan dirinya.

I'm A Fighter!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt