Bab 62

11.1K 830 88
                                    

Bitou dan Micheal saling berpandangan sekilas. Baru sahaja Micheal ingin membuka bicaranya, tiba-tiba kedengaran sebuah tembakan dilepaskan.

Bang!

Dalam sekelip mata, tubuh gagah Micheal rebah di atas lantai bersama darah pekat tepat di belakang perutnya.

"Sialll!!" Bitou mengalihkan tunak matanya ke arah Alex. Lelaki tampan itu tersenyum sinis seraya meniup muncung pistolnya.

"Aku jenis tak banyak cakap weh. Korang yang hari tu pukul bini aku en. Anak aku yang masih kecik tu pun korang belasah. Lek arh. Aku baru bunuh sorang. Kecik hal je," tutur Alex selamba.

Seketika, Tengku Fazril menoleh ke arah Alex dengan riak wajahnya yang geram. Senang-senang je nak bunuh orang. Seksa lah dulu.

"Asal kau tembak dia? Dia kan 'makanan' aku!" Suara Tengku Fazril naik seoktaf.

Sementara mereka bertengkar seperti Tom And Jerry, Bitou merenung tajam ke arah mayat Micheal lalu pandangannya bertukar ke arah Tazaki Genji yang sedang mengetap giginya menahan marah.

"Kau..macam mana kau boleh hidup balik hah?!! Kau patutnya dah mati kat dalam bangunan tu!!" tengking Bitou, bengang.

"Patutnya mati tapi tak mati en? Eh yelah, bro. Asal kau tak mati lagi? Ke kau dah mati cuma roh kau yang tak tenteram?" Makise acah-acah bodoh.

Kata-katanya sedikit sebanyak menimbulkan api kemarahan Bitou.

Tazaki Genji yang sejak tadi berdiri tegak akhirnya maju ke hadapan. Dia memandang ke arah Tengku Nurfaiza yang sedang menangis tersedu-sedan.

Aku dah kata yang aku memang pantang bila tengok dia menangis.

"Kau...sentuh bini aku?" ujar Tazaki Genji perlahan namun seram. Ton suaranya berjaya membuatkan orang-orang Narumi mengundur setapak ke belakang sambil menelan air liur masing-masing.

"Aku dah rogol betina ni tadi. Kau dah terlambat," tipu Bitou. Dia sengaja ingin menaikkan darah Tazaki Genji.

Tamao Serizawa memandang lama ke arah wajah Tazaki Genji yang berubah semakin tegang. Tak jauh daripada lelaki itu, kelihatan Mikami Brothers sedang dipapah oleh Tokio dan Makise.

Riko dan Miko pula memapah tubuh Ciko yang sedang pitam tidak menyedarkan diri akibat ditembak pada bahagian belakangnya.

Bukan itu sahaja, Putri Risha dan Izaki turut memapah tubuh Roland yang lemah manakala Riley membantu Tasya untuk bangun daripada pembaringan.

"Xender, korang boleh gerak dulu. Selamatkan keluarga kau," kata Tamao Serizawa, serius tanpa memandang ke arah Tengku Fazril.

Tengku Haikal dan Tengku Fazril saling berpandangan buat seketika lantas menuju ke arah kereta. Nyawa mereka yang sedang berada di ambang maut harus diutamakan terlebih dahulu.

"Gen-san!!" panggil Makise sebelum masuk ke dalam perut kereta. Tazaki Genji menoleh ke arah orang kanannya yang sedang tersenyum sinis.

"Habiskan diorang semua," ujar Makise, penuh bermakna.

Bitou mencebik geram. Kini di hadapannya, Tamao Serizawa dan Tazaki Genji. Kedua-dua lelaki itu mempunyai tenaga dan semangat yang kuat. Tak kurang hebatnya.

"Genji.." panggil Tamao Serizawa. Tazaki Genji menoleh.

"Lanyakkan diorang sampai puas!" senyum Tamao Serizawa disambuti senyuman sinis daripada ketuanya.

Bitou menyeringai geram. Dia menoleh ke arah orang-orangnya lalu menjerit lantang.

"Serang!!"

Tamao Serizawa menepuk perlahan bahu Tazaki Genji lalu terlebih dahulu maju ke hadapan untuk menyerang orang-orang Narumi. Tazaki Genji sempat mencebik lalu turut menyertai perlawanan tersebut.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now