Bab 45

11.9K 739 89
                                    

Tengku Nurfaiza bagaikan gila. Dia mencengkam kuat rambutnya seraya menangis teresak-esak. Minum dan makannya mulai tak terurus.

Ketakutan mulai menguasai diri ia apabila teringat semula pada bayi yang ada di dalam perutnya. Confirm dia mampus kat tangan Genji jika lelaki itu mengetahui kandungan ia yang kini memasuki sebulan lebih.

Dia benci! Benci tahap nak mati!! Dipukul-pukul perutnya sepuas hati agar kandungannya gugur sahaja.

"Arghhhh!!"

Kini, semua barang yang berada di sekitar Tengku Nurfaiza, dibaling serta dihempas bengang. Fikirannya berserabut. Bagaimanakah dia dirogol dan siapakah pelakunya? Asal dia tak sedar?

"Siallll!! Aku sumpah!! Aku sumpah sape yang dah rogol aku!!!" Tengku Nurfaiza terjerit-jerit bagaikan orang histeria. Panggilan daripada mereka semua di luar pintu hanya diabaikan seperti angin.

Kala itu, Tengku Nurfaiza benar-benar tidak mampu menahan lagi kesakitan yang dihadapinya. Cermin yang telah pecah berderai dipandang lama. Dia tersenyum seram.

"Kalau macam tu.." Tengku Nurfaiza tergelak kecik. Perlahan-lahan dia mengusap perutnya.

"Kita mati sama-sama ye sayang.." monolog dia sendirian. Cebisan kaca yang telah pecah dicapai lalu dihalakan pada bahagian lengannya.

Dia tak nak hidup lagi. Mati pun matilah. Janji tak sakit lagi. Hehe.

Akal Tengku Nurfaiza gagal berfungsi. Dengan perlahan-lahan cebisan cermin tersebut dihiris pada bahagian nadinya. Dia menangis kesakitan bukan kerana pada fizikal tapi pada hatinya. Dia terluka yang amat. Kecewa.

Akhirnya, Tengku Nurfaiza rebah di atas lantai bersama darah yang mengalir daripada nadi radikalnya.

__________________________________

Tazaki Genji memasang komputer ribanya. Sudah lama wajah si isteri tidak 'dilawat' setelah sekian lama sibuk dengan kerjanya. Seketika, cctv yang disambung secara tersembunyi pada rumah Tengku Nurfaiza ditekan lalu diamati lama.

Pelik menguasai dirinya apabila bilik perempuan itu kosong tanpa sebarang penghuni. Hanya semak dengan pelbagai barang sahaja yang mampu dilihat oleh mata kasarnya.

Ke mana semua orang pergi? Dia mulai berasa tidak sedap hati apatah lagi melihat bilik isterinya seolah-olah dipecah masuk oleh penceroboh.

Dengan pantas, setiap ceruk rumah agam tersebut diteliti tajam. Serious, mana diorang pergi? Untuk mengetahui lebih lanjut, Tazaki Genji memutarkan semula waktu pada sistem cctv tersebut sehinggalah kelibat isteri kesayangannya muncul.

Dalam beberapa saat, dia mampu melihat Tengku Fazril dan yang lain sedang meluru ke arah Tengku Nurfaiza yang sedang terkulai layu di atas lantai bersama darah di pergelangan tangannya.

Tazaki Genji terkejut bukan kepalang. Automatik sahaja dia menolak kerusinya lalu berlari mendapatkan kunci kereta.

"Steven, dapatkan koordinat bini aku sekarang!" arah Tazaki Genji sebelum masuk ke dalam perut kereta. Dia memandu melebihi had laju yang dibenarkan sambil tangannya menekan sesuatu di atas skrin telefon.

Dia harus mencari punca utama mengapa Tengku Nurfaiza sanggup melakukan benda bodoh seperti itu.

Buat seketika, peranti pendengaran yang dipasang secara senyap di dalam bilik Tengku Nurfaiza diaktifkan lalu segala perbualan mereka sebelum ini didengari dengan penuh tajam.

Lama dia mendengar lantas dia terkedu setelah rakaman tersebut habis dimainkan.

'Fai..Faiza mengandung?'

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now