Bab 6

11.2K 672 26
                                    

"Dah masuk berapa kali mama dipanggil oleh pengetua disebabkan masalah kamu, along?" Putri Risha mengatur langkah dengan sebal seraya menuju ke rumah.

Figura anak lelakinya dipandang dengan penuh rasa geram. Tak habis-habis masalah Roland dekat sekolah. Dah masuk lima kali dirinya dipanggil atas kelakuan kasar Roland pada pelajar-pelajar lelaki yang lain.

"Along nak belajar ke nak bergaduh?" marah Putri Risha pada si jejaka yang berumur 17 tahun.

"Along tak buat salah pun, mama. Bebudak tu yang ganggu Riley. Along hanya nak protect adik along. Takkan tu pun salah?" tempelak Roland lembut.

"Salah tu tak salah. Masalahnya perlu ke along belasah bebudak tu sampai masuk hospital?"

Riley yang berada di antara abang serta mamanya, segera masuk ke rumah bersama si kecik yang berumur 4 tahun yang bernama Xendra Magdelina.

Tak elok masuk campur semasa orang tua tengah bagi nasihat.

"Come on, mama. Bebudak tu memang layak dipijak oleh along," selamba Roland menjawap.

"Pijak? Along ingat diorang tu semut ke?!"

"Fine! Along minta maaf sebab susahkan mama." Roland terpaksa mengalah. Silap hari bulan mamanya merajuk pula. Kang kena beli sekotak ayam. Parah doh!

"Kalau bukan disebabkan along anak tengku, dah lama pihak sekolah buang along tau!"

Ada sedikit kecewa di situ apabila taraf Roland seolah-olah dipertikaikan.

"Patutnya along belasah diorang sampai diorang tak boleh jalan lagi," gumam Roland kurang berpuas hati.

"Hah, menjawap! Menjawap!" Kecik besar kecik besar je Putri Risha merenung ke arah anak terunanya yang sedang menaiki anak tangga.

Dia tahu Roland hanya ingin melindungi Riley daripada terus diganggu oleh budak-budak yang nakal. Namun, caranya amat salah sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuh budak-budak tersebut.

Kalau dikaitkan dengan kes buli camne? Tak ke naya?

Dalam sibuk merungut sendiri, tiba-tiba bahu Putri Risha dilanggar oleh seseorang.

"Aduh!" Putri Risha mengaduh kesakitan. Siang-siang macam ni pun, orang boleh tak nampak jalan. Apa kes?

"Eh, sorry puan. Saya tak sengaja langgar. Ingatkan tiang tadi," mohon Takiya Genji seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Putri Risha merengus geram lalu segera mengangkat wajahnya. Amboi, sesedap halkum dia je kata aku macam tiang! Desis hati dia.

"Hoi, kau..." Belum sempat ayat tersebut dihabiskan, Putri Risha tergamam. Anak mata lelaki di hadapannya, dipandang penuh kemusykilan.

"Maaf, puan. Puan memang cantik tapi baju puan tu dah hampir sama dengan tiang ni," sengih Takiya Genji.

Buat seketika, Putri Risha hanya berdiam diri. Anak mata Takiya Genji dipandang dengan penuh teliti.

"Erhhh...puan nak saman saya ke? Saya..."

"Wait. Kita pernah berjumpa ke?" Riak wajah Putri Risha berubah curiga.

"Ya. Saya la orang yang pernah simbah air ikan yang dah mati kat Faiza. Tapi dah seri tau! Dia dah simbah saya dengan air kelapa hari tu. Hehehehe..."

"Hmmm ok.." Selepas beberapa minit berlalu, Takiya Genji meminta diri untuk beredar. Ketika itu, Putri Risha memandang figura lelaki tersebut dengan penuh tajam.

Dalam sedar tak sedar, dia teringat semula mimpi di mana seorang lelaki sedang bergelak ketawa bersama Tengku Nurfaiza.

Mata yang sama, desis hati dia.

___________________________

Setiap hari minggu, sudah menjadi rutin si cantik manis itu untuk menghadiri ke kelas tariannya. Kali ini agak berbeza. Tengku Nurfaiza ditemani oleh Koperal Haznani sejak mengetahui bahawa orang kanannya juga turut meminati tarian daripada luar negara.

Disebabkan terlalu banyak bergerak dan berasa penat, Koperal Haznani mengambil masa untuk beristirahat. Dari jauh, dia berasa kagum melihat ketuanya sedang menari balet ala-ala Black Swan.

Menurut apa yang telah diberitahu oleh Putri Risha, gadis itu juga sebenarnya turut meminati tarian salsa serta samba.

Gerak tubuh Tengku Nurfaiza yang lembut membuatkan dia senang mempelajari sesuatu tarian.

Pendek kata, ketuanya itu memang mempunyai semua ciri yang diminati oleh para jejaka di luar sana. Full package!

Satu jam kemudian, Tengku Nurfaiza ingin mengajak Koperal Haznani untuk balik ke rumah memandangkan masa pun telah habis.

Semua orang mulai berpusu-pusu keluar kecuali Koperal Haznani kerana masih berada di tandas.

Semasa menunggu ketibaan orang kanannya, tiba-tiba anak mata Tengku Nurfaiza berjaya melihat sekumpulan lelaki sedang menuju ke arahnya bersama pedang samurai di tangan.

Dia tergamam. Perlahan-lahan anak matanya turun pada bahagian tangan setiap dari mereka yang mempunyai tatu lambang naga dan ular.

Berdasarkan raut pada wajah mereka semua, Tengku Nurfaiza mampu meneka bahawa mereka bukan Malaysian.

"What do you all want from me?"
"Ini la gadis tu! (In Japanese)."

"Belasah!!" Serentak dengan itu, mereka semua menyerang Tengku Nurfaiza bersama pedang yang diayunkan di atas udara.

Si cantik manis itu pula sempat tersenyum sinis lantas melemparkan kasutnya pada wajah si ketua.

Dengan secepat kilat, dia menunduk apabila sebilah pedang berlalu tepat pada wajahnya. Dua orang lelaki yang berada pada kiri dan kanan ia, ditumbuk dengan sekuat hati tanpa belas kasihan.

Tengku Nurfaiza begitu ligat bertarung walaupun tanpa dibantu oleh sesiapa. Segala yang dipelajari daripada Tengku Fazril, dikeluarkan dengan penuh hebat.

Cuma sayang, dia tak boleh membunuh disebabkan kawalan cctv yang berada di situ. Jika perbuatannya ditangkap, dia juga boleh dikenakan denda.

Sewaktu Tengku Nurfaiza ligat membelasah musuh yang berada di belakang, tak semena-menanya seorang lelaki melibaskan pedangnya pada kepala gadis tersebut.

Bang!

Terhincut bahu Tengku Nurfaiza sebaik sahaja melihat Putri Risha sedang mengacukan pistol ke arah udara. Apabila melihat backup yang datang secara tiba-tiba, kesemua daripada mereka bertempiran melarikan diri.

"Faiza! Faiza okay tak?" Putri Risha berlari anak lalu memeriksa keadaan adik iparnya.

"Takde apa, kak long. Faiza okay," jawap dia. Tak lama kemudian, dua pasang mata tersebut memandang ke arah seorang lelaki yang sedang merintih kesakitan disebabkan terkena tembakan oleh Putri Risha sebentar tadi.

"Bagitau aku! Sape yang dah hantar kau untuk bunuh aku?!!" Tengku Nurfaiza mengambil gari dari tangan Putri Risha lalu tangan si penjenayah itu diberkas dengan kasar.

"Cakap!!" jerit Tengku Nurfaiza apabila lelaki tersebut hanya tergelak jelek.

"Kau nak aku bunuh kau kat sini?!"

"Faiza, Calm down! Cctv ada kat sini. Biar kita siasat dia kat balai nanti," nasihat Putri Risha dengan penuh kelembutan.

Mendengar kata-kata logik kakak iparnya membuatkan Tengku Nurfaiza menarik nafas lalu terpaksa mengalah.

Kehadiran sekumpulan lelaki yang bertatu ular dan naga ini membuatkan dia berasa hairan. Sejak bilakah dia bermusuh pada mereka yang bertatu seperti ini?

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now